Header Ads

ads header

Flash News

Dia khianat PAS dan buat lari kerusi PAS dia lupa.


Dia khianat PAS dia lupa. Bukan dia khianat PAS tapi dia khianat baiah dengan Allah s.w.t. Ada dikalangan Ahli AMANAH hanya batal baiah dengan belanja nasi briyani kambing sahaja (mempermainkan sumpah semasa pru)

Bukan itu sahaja mereka curi aset PAS, kerana banyak aset diletak atas mana individu sedangkan itu semua adalah derma dan wakaf. Mereka curi sistem dan fail kerja PAS termasuk Unit AMAL, PASTI dll.

Hari ini si CELAKA yang langgar sumpah kepada Allah ini bercakap soal "KHIANAT". Mereka masih belum insaf apabila Allah memberikan sedikit teguran.

Baca tulisan mereka yang pernah mengkhinati sumpah laknat dalam perjuangan menegakkan Islam.

Saya hanya temui perkataan 'khianat': Mujahid

1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya. Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe'el tingkah laku mereka.
2. Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas perakus kuasa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah!

3. Kerakusan mereka bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa. Kehadiran PH demi menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa tiba-tiba mereka dari perasuah kembali melalui pintu belakang!


4. Presiden Bersatu yang bersama PH menentang pemimpin yang terpalit dengan 1MDB dan kebisuan Umno kini dengan selambanya membuka pintu belakang untuk gerombolan UMNO masuk dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan! Beliau kini PM 8 dari PPBM (Parti Pintu Belakang Malaysia)


5. Parti Islam yang singkatannya PAS pula sanggup bersengkongkol untuk memenuhi nafsu kuasa mereka walaupun dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. 'Demi Islam' katanya ataupun sebenarnya 'Demi Kedengkian!' Bersemburanlah nanti ayat quran dan hadis mempertahankan pengkhianatan mereka.


6. Rakyat bingung kenapa mandat yang diamanahkan kepada PH dikhianati? Mereka tidak mengundi atas kaum atau agama, mereka mengundi atas menolak kerajaan BN yang korup dan lemah! BN tersungkur, tapi hari ini yang kalah di PRU ke 14 memasuki pintu belakang untuk membentuk kerajaan dengan bilangan yang besar. Bukan sahaja rakyat bingung tetapi marah dan geram!


7. Pengkhianatan tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap detik pengkhianatan akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.


8. PH diserang sejak 22 Bulan pemerintahannya dengan nuansa perkauman dan agama sempit. Fitnah meniti dibibir sepantas medsos yang bertularan. Kami pertahan dengan hujah dan meletakkan dasar-dasar pemulihan dan barisan kabinet yang bergelut memenuhi agenda reform negara.


9. PH melakukan itu semua atas mandat rakyat dan mendapat mandat secara 'anak jantan' di pentas pertandingan. Kami masuk dengan cara terhormat dan dijemput. Kerakusan mazhab pintu belakang tidak berakhir dengan fitnah, mereka terus merempuh masuk dari belakang walaupun dengan cara menipu!


10. Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Mazhab pintu belakang tidak terkecuali dari prinsip ini.


11. Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap AMANAH yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah AMANAH yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan.


DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
3 March 2020


MR :  Ingat habis sepenggal baru kena 'bala'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. 1mdb ialah najib. Itu pun belum terbukti lagi. Masih terkial kial. Menteri agama pun tak mahu bersama team muslim. Tapi mahu bersama kafir dap. Menteri agama utamakan duit 1mdb berbanding aqidah. Realitinya bila tak mahu team muslim reka alasan mahu bersama team bebas rasuah. Jika benar, mengapa majoriti rakyat terutama muslim rasa tertekan sepanjang ph memerintah.

    Sekarang team baru pas ialah bn yg tiada najib. Najib sudah tumbang.

    BalasPadam
  2. PAS tidak mengkhianati sesiapa..Kerajaan PH roboh kerana kartel Azmin keluar PKR dan kartel Bersatu keluar dari gabungan PH,tetapi Mujahit tak semena mena salahkan PAS dan rela diperlembukan serta ditunggang oleh Dapig. Golongan beriman dan PAS lebih rela menunggang agama yang menuntun mereka ke jalan Allah yang lurus,tetapi golongan yang durhaka serta munafiq sentiasa dengki dan mereka lebih rela menjual agama untuk menguntungkan golongan kufur demi mengisi perut. Tiada menjadi salah jika PAS bersama TSMY yang dipecat dari UMNO serta Azmin yang dipecat dari PKR.Kemelut yang berlaku kerana terdapat dikalangan pemimpin PH sendiri yang tamak serta menganggu Tun yang akhirnya yang kejar tak dapat,yang dikendong bertaburan jatuh. PAS juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP tetapi akhirnya PAS dikhianati serta difitnah seperti kegilaan dalam sejarah langkah kajang dan lain lain.Kepada mujahit,bermuhasabahlah kerana dulu, kartel kamu juga yang mengkhianati jamaah Islam PAS.

    BalasPadam
  3. Manifesto penipu berjaya memperdaya pengundi.

    BalasPadam
  4. Benar kata ustaz redzuan tee cermin diri sendiri dulu sebelum nak nyalahkan org lain.

    BalasPadam