Header Ads

ads header

Flash News

Dr M sokong Muhyiddin lanjut perintah kawalan pergerakan


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengalu-alukan keputusan penggantinya Muhyiddin Yassin melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April depan dalam mengekang Covid-19.

Mahathir berkata, tidak dinafikan keputusan Putrajaya itu mengawal kebebasan rakyat bergerak, namun menurutnya ia adalah satu arahan yang perlu dipatuhi demi menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

“Penyakit ini masih berkembang pesat di Malaysia, pada setiap hari lebih 100 orang yang jatuh sakit dan ada yang meninggal dunia.

“Kalau tidak berjaga-jaga, tidak pisahkan diri dari rakan-rakan, masih keluar dari rumah, maka kemungkinan penyakit ini akan berterusan.

“Sehingga kini lebih ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit ini, ini adalah sesuatu yang bukan perkara luar biasa, kerana penyakit ini luar biasa dari segi jangkitannya,” katanya dalam satu rakaman video di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April kerana trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 masih meningkat.

Muhyiddin berkata trend itu dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baru mula menurun.

Menurutnya, kawalan yang dibuat sekarang sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak dan menambah Majlis Keselamatan Negara menjangkakan kes positif Covid-19 meningkat lebih tinggi, mungkin berkali-kali ganda lagi, sekiranya tidak melakukan apa-apa.

Mahathir menasihatkan rakyat terus mengamalkan disipilin diri, mengatakan jika tidak berbuat demikian adalah tidak mustahil wabak ini menjangkiti diri, memandangkan pakar perubatan masih tidak berjaya menemui vaksin bagi Covid-19.

“Sebab inilah kita perlu patuhi arahan ini dan kita juga dapat membuat sesuatu untuk mengurangkan perasaan bosan kita, kerana terpaksa tinggal di rumah.

“Kalau kita patuh dan berdisiplin, penyakit ini akan berkurangan dan mungkin kita dapat keluarkan vaksin daripada menghalang penyakit ini,” katanya.


MR :  Harapam gelap untuk Anwar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Hendaklah bersatu hati dan perasaan terutama terhadap umat Islam di Malaysia

    BalasPadam