Header Ads

ads header

Flash News

Harga RON95 turun 6sen kepada RM1.38 seliter


Harga minyak terus menjunam di tengah-tengah krisis penularan wabak Covid-19.

Harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 6 sen kepada RM1.38 seliter dan RM1.68 seliter bermula tengah malam ini.

Harga diesel pula turun 7 sen kepada RM1.68 seliter.

Ini merupakan minggu keempat berturut-turut harga minyak mencatatkan penurunan.

Harga bahan api itu ditentukan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19," kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Ia menambah kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak global dan mengambil "langkah-langkah bersesuaian" untuk memastikan kebajikan rakyat.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minyak turun lagi
    22 bulan PH retah tak pernah turun.Kencing jer lebih
    Tkasih PN,Terima kasih PM MY

    BalasPadam