Header Ads

ads header

Flash News

Ini satu lagi perang persepsi kononnya UMNO tawar dia



1. Nak tunjuk kononnya UMNO tawar dia tolak dia tak pentingkan jawatan PM
2. Nak tunjuk Muhyiddin tamak terima tawaran UMNO
3. Nak bodohkan ahli PKR
4. Nak bodohkan Rakyat.

Wahai ANWAR dulu engkau boleh tipu rakyat, tapi sekarang rakyat dah cerdik... Tak payah nak kelentong. Baik engkau cakap Yusof Qardawi nak gantikan engkau jadi Ketua Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars) tapi engkau tak nak kerana pentingkan rakyat Malaysia!!


Anwar sahkan dakwaan ditawar jadi PM jika terima Umno

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan yang mengatakan beliau ditawarkan jawatan perdana menteri sebagai pertukaran untuk menerima Umno.

"Ya," tulisnya dalam ulang ciap, laporan yang memetik Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai perkara itu.

Pengesahan itu juga dilihat selari dengan kenyataan Anwar dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

"Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita. Kita memilih untuk kekal dengan prinsip. Yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita," katanya dalam video berkenaan.

Dalam siaran Facebook pagi tadi, Nik Nazmi mendakwa tawaran kepada Anwar itu dibuat sebelum krisis politik minggu lalu.

"(Anwar) mendedahkan sebelum krisis ada tawaran kepadanya untuk menjadi perdana menteri dengan syarat dia meninggalkan sekutu politik kita di Pakatan Harapan dan menerima pemimpin dari Umno en blok, termasuk mereka yang menghadapi tuduhan rasuah.

"Anwar enggan mengkhianati mandat rakyat semata-mata demi mendapatkan jawatan perdana menteri," tulisnya.

Nik Nazmi tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Ketika ditanya pada sidang media hari ini, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, bagaimanapun, berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.


"Bila (tawaran dibuat kepada Anwar)? Saya tidak dapat memberi komen mengenai spekulasi, khabar angin. Jika ada fakta, saya akan ulas. Tidak dalam pengetahuan saya," kata Annuar.

Minggu lepas, seterus Anwar, Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya meninggalkan PKR untuk menumbangkan PH serta menubuhkan kerajaan baru bersama Bersatu, BN, dan PAS.

Gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' itu pada mulanya digerakkan dengan alasan untuk menghalang Anwar menggesa Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan.

Bagaimanapun, gerakan itu telah menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan kerana enggan bekerjasama dengan Umno.

Anwar kemudian memberi sokongan kepada Mahathir, namun tidak sempat untuk menghalang Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri bagi menerajui gabungan kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Umno, dan PAS - dengan sokongan GPS.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan Muhyiddin membentuk kabinet yang inklusif.

Bagaimanapun, satu sumber berkata MCA masih membahaskan sama ada mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan kerana takut dianggap mengambil alih kuasa melalui pintu belakang.

MCA mempunyai dua Ahli Parlimen, presiden parti Wee Ka Siong (Air Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai). Kedua-dua parlimen itu di Johor.



MR :  Nak dengar troll Najib pasal isu ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Banyak bersabar bila berpuasa,

    Bila Raya Kita bersuka ria,

    Pakatan Hancing gila kuasa,

    Sudah terguling meroyan histeria.

    BalasPadam