Header Ads

ads header

Flash News

Ini sikap politik bodoh PKR/PH membelakangi rakyat


PKR Johor larang lantikan politik hadir program kerajaan negeri


PETALING JAYA: PKR Johor mengarahkan lantikan politiknya di negeri itu memboikot semua program anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno serta-merta.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dalam kenyataan malam tadi berkata, lantikan politik itu membabitkan semua ahli majlis, ketua kampung dan masyarakat.

Katanya, arahan itu dikeluarkan kerana Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan negeri.

“Kita tidak lagi menjadi kerajaan. Kita tidak akan terlibat dengan kerajaan baru yang melaksanakan dasar mereka,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jumaat lalu, Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru, selepas Sultan Johor mengizinkan penubuhan gabungan baru yang terdiri daripada PPBM, Barisan Nasional dan Umno susulan perpecahan PH.

Gabungan baru itu mempunyai 28 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor.

PH bagaimanapun mendakwa semua 28 Adunnya daripada DAP, Amanah dan PKR masih setia dengan gabungan itu, menjadikan kedudukan kerajaan negeri tergantung.


MR :  Bukan bodoh tapi jahat...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan