Header Ads

ads header

Flash News

Jadi Menteri Kerajaan Menyusahkan Rakyat, Jadi Pembangkang pun menyusahkan rakyat


Semasa dia menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Malaysia, Saifuddin tak boleh sekat elemen-elemen kegiatan kartel yang menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu. Harga telur dulu sekitar RM8++ boleh naik kepada RM10-11++. Cakap dia memang hebat kalau juara debat peringkat kebangsaan.

Itu belum lagi cerita pasal harga barangan lain. Tak ada satu barang pun yang harga turun dengan hapusnya GST. Semuanya kencing belaka kerana nak jaga kartel DAP yang mendokong perniagaan.

Ingat bila jadi pembangkang bolehlah manafaat, bantu rakyat. Bila kerajaan nak berikan duit RM600 dia kata kerajaan tak ada nak ambil duit mana. Bila kerajaan suruh ambil duit KSWP dia kata kenapa tak berikan RM500??

Celaka punya PH bodoh, hancing...
Engkau tak ada kerja ke nak bangkang aje!!
Patutlah Mahathir pecat engkau orang semua!

.....
Benarkan rakyat keluar simpanan KWSP tindakan tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua sebagai tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu perkara itu dikaji semula kerana dibimbang menjejaskan nilai simpanan tabungan hari tua rakyat negara ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, adalah lebih baik bagi kerajaan membatalkan kutipan cukai pendapatan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk tempoh selama 12 bulan.

"Saya membaca dengan penuh kebimbangan pengumuman kerajaan bahawa semua pencarum KWSP berumur 55 tahun ke bawah kini dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan daripada caruman terkumpul mereka di KWSP untuk tempoh 12 bulan akan datang.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk menyuruh rakyat Malaysia mengeluarkan simpanan KWSP untuk membiayai keperluan mereka kerana ia merupakan satu idea yang akan menjejas masa depan ramai rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan inisiatif berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada 14 juta pencarum KWSP.

Beliau turut menganggarkan jumlah pengeluaran berjumlah RM40 bilion dengan permohonan bagi pengeluaran itu akan dibuka bermula 1 April hadapan.

Saifuddin berkata, kerajaan sepatutnya menunjukkan kesediaan berkorban untuk rakyat dalam keadaan krisis Covid-19 dan kemelesetan ekonomi dihadapi negara hari ini.

"Adalah lebih wajar semua pekerja yang bergaji kurang dari RM10,000 sebulan dikecualikan dari potongan cukai bulanan untuk tempoh 12 bulan akan datang. Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

"Tindakan ini akan merangsang kegiatan ekonomi melalui perbelanjaan pengguna. Kesan alir-ke bawah dari pendekatan ini adalah lebih cepat dalam merancakkan aktiviti perniagaan khusus di sektor peruncitan," katanya.

Saifuddin turut menegaskan kira-kira 70 peratus daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan yang hanya dapat bertahan untuk tempoh lima tahun sahaja selepas mereka bersara.

"Hasrat di sebalik penubuhan KWSP untuk mewujudkan satu skim tabungan hari tua dan ia bukanlah akaun simpanan seperti di bank yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

"Kini jangka hayat rakyat Malaysia telah mencapai 76 tahun namun jumlah simpanan KWSP sebahagian besar mereka tidak mencukupi untuk menyara kehidupan sehingga ke 76 tahun," katanya.


MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Kerajaan perlu guna rezab secara berhemah,,,ekonomi perlu suntikan dana perubatan perlu dana membeli peralatan,,,lain2 sektor juga perlu d beri dana untuk memberi manafaat kepada semua rakyat,,setelah petronas ko jarah, aset negara ko lelong secara berjemaah adalah baik mampus drpd hiduo bangsa ph ni

    BalasPadam
  2. Saya fikir.. Pihak pengurusan masjid juga boleh gunakan sumbangan tabung masjid yg ada mencecah ratusan ribu ringgit untuk membantu kariah yg memerlukan... Ramai juga pengurusan masjid ingat duit tabung seperti simpanan tetap.
    .bertentangan dengan konsep sumbangan perlu dibelanjakan... Majlis agama negeri boleh arahkan kepada pengurusan masjid supaya lebih cakna dan profesional atau mengaudit kewangan masjid masjid supaya duit tidak diperam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yg bernas. Sudah ada masjid yg telah melakukannya

      Padam
    2. Kebanyakan Pengerusi & Ajk Masjid syok sendiri dgn Simpanan yg banyak, ubah suai masjid, pasang lampu bergemerlapan bila Ramadhan menjelang daripada bantu anak kariah yg kesusahan, pemuda kariah yg ingin lanjut pelajaran serta pelbagai masalah yg yg ada dlm kariah masjid. Bila di usul & di tegur dlm mesyuarat agong mulalah jlnkan operasi boikot anak kariah hingga menyusahkan individu yg menegur. Masjid akhir zaman.

      Padam
  3. Kalau kerajaan baru pun yg memerintah barang tidak akan turun kecuali taik yg menulis rancana ini tiada jaminan barang akan turun bongok.sekarang negara dah rosak oleh umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno merosakan negara ph lagi teruk menjahankan negara. Tok din ni umum bantuan minyak pun 2 tahun x umum pun sampai jatuh kerajaan. Ckp mmg semua pandai tapi kerja hancur. Jawab kau sama tuhan nti blkg hari

      Padam
  4. Negara dirosakkan oleh Umno kemudian dimuflis dan dibangsatkan oleh PH melalui lelongan harta negara. Bodoh bertingkat2.Simpan sikit untuk anak cucumu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak simpan nak pi keja PON tak boleh curantin

      Padam
  5. Taik kabing bulat bulat jual di syarikat 5sen satu ikat,Apa boleh buat negara rosak kerana melayu tiada muafakat.

    BalasPadam
  6. PN turunkan harga minyak sejak rentah tiga minggu.
    PH tak turun2 harga minyak walaupun minyak dunia jatuh
    PN cakap sikit kerja lebih
    PH cakap banyak,kencing lagi banyak

    BalasPadam
  7. Langkah sereton untuk berkuasa..cit

    BalasPadam
  8. Biarlah keluar kwsap pun..bukan bapak engkau punya duit...ni lah masa susah nak keluar kwsap..ph hancing ni tau nk komplen aje..klo le ph yg tadbir negara masa covid19 bertmabah derita rakyat..masa ph yg perintah asyik berulangkali ckp negara nak bankrup x berenti..sekarang ni rsa syukur PN yg perintah malysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn anda.Kalau pembangkang banyak duit hulur2 lah kepada rakyat juga..Hanya tahu nak bangkang semata2..memang dah dasar pembngkang akhirnya pualng ke asal.jadi pembangkang selama2nya.Nak ambil duit simpan sendir pun dia org sakit hati.

      Padam
    2. Kerajaan pn,muafakat nasional ,inshaa allah baik untuk rakyat malaysia... Yang baik, kite rakyat menyokong, yang buruk,kite rakyat nasihat pada kerajaan...untuk teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara tercinta malaysia...

      Padam