Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Presiden Pas: Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik



﴿قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا يَٰٓأَبَتِ ٱسۡتَ‍ٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَ‍ٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ٢٦﴾

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai”. (Surah Al-Qasas: 26)

1. PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini, demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

2. PAS menyifatkan pembentukan Kabinet ini dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti dan kelayakan, serta keseimbangan di antara wilayah dan masyarakat majmuk untuk memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak kerajaan.

3. PAS turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri kepada kami dan akan berusaha untuk menunaikan kewajipan ini dengan pertolongan Allah, serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.

4. PAS berikrar akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, dan bersedia untuk menerima pandangan positif daripada semua pihak, khususnya kalangan ahli akademik, profesional dan tokoh masyarakat yang berkebolehan untuk membantu membangunkan negara yang tercinta.

"Islam Memimpin Perpaduan"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan