Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan minoriti rapuh, jejas usaha tadbir urus negara


SHAH ALAM - Kerajaan minoriti yang tidak memperoleh kerusi majoriti tetapi terbina dengan meraih sokongan pihak lain bagi meneruskan usaha pentadbiran dilihat sangat rapuh dan tidak mampu bertahan lama.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, apabila kerajaan rapuh, isu politik akan berterusan dan boleh menjejaskan usaha untuk mentadbir urus negara.

Beliau berkata, ia termasuk dalam usaha menangani isu ekonomi, kesihatan, pendidikan, kos sara hidup dan sebagainya.

"Kerajaan minoriti ini hanya akan mencerminkan kerajaan yang lebih mengutamakan politik dari yang lain.

"Impaknya juga bukan dirasai pemimpin tetapi masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, ketika ditanya kemungkinan kerajaan baharu ketika ini yang ditubuhkan menerusi undian majoriti mudah boleh bertukar menjadi kerajaan minoriti, Sivamurugan berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku.

Menurutnya, ia boleh berlaku sekiranya selepas ini ada ahli-ahli Parlimen yang keluar dari gabungan Perikatan Nasional.

"Namun katanya, jika perkara itu berlaku apa yang perlu diutamakan adalah pembubaran Parlimen dan tidak perlu lagi kepada kerajaan minoriti.

"Sebab jika kita lihat sepanjang tempoh seminggu lalu, ramai pemimpin yang dilihat seolah-olah tiada prinsip, keluar masuk parti seolah-olah tiada nilai.

"Lebih elok, jika keadaan itu muncul semula barangkali atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong lebih baik bubar Parlimen daripada meneruskan keadaan yang turut menjejaskan kredibiliti serta imej pemimpin terlibat," katanya.


MR :  Bukan sahaja minoriti tetapi kedudukan Bersatu sangat goyang dimana Bersatu kedah sudah berpaling


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Pesidangan dewan rakyat bulan Mei nanti jangan di harap para MP Dewan Rakyat membahas masaalah negara dan rakyat,ramai MP yang akan terpekik pekik,maki hamun,tuduh menuduh,label melabel dan lain lain.Mereka tidak ubah seperti komuniti monyet dalam hutan kerana agenda mereka ialah demi nafsu serakah politik.

    BalasPadam