Header Ads

ads header

Flash News

Korea berjaya mengekang wabak dengan saringan besar-besaran


Pendekatan yang diambil oleh negara Korea Selatan berbeza dengan negara-negara lain.

Korea yang jumlah saiz penduduknya 51 juta orang telah berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat.

Negara itu mengambil langkah untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji.

Setakat ini, Korea Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di Malaysia.

Saya tetap berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama kerajaan Malaysia.

Kerana saya percaya kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang mampu diambil oleh kerajaan.

Saya juga percaya bahawa melaksanakan saringan besar-besaran adalah antara langkah paling effektif untuk membasmikan Covid.

Kerajaan kata jumlah kos untuk melaksanakan setiap saringan adalah sekitar RM700 seorang.

Ini bermakna jumlah kos untuk melaksanakan 15,196 saringan setakat ini ialah sekitar RM10.6 juta.

Katakanlah kita berjaya menurunkan kos saringan ke RM500 seorang, jumlah kos untuk membuat saringan untuk 1 juta rakyat adalah RM500 juta.

Bayangkan ini.

Jumlah nilai KDNK Malaysia adalah RM1.4 trilion tahun lepas atau sekitar RM3.8 bilion sehari.
Sebab itu, apakah kos RM500 juta berbanding pulangan yang diperolehi jika kita mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita?

Lagipun, kos setiap saringan Covid sedang menurun pada ketika ini kerana semakin banyak syarikat dalam dunia sedang memperkenalkan kit ujian Covid yang semakin mudah diguna dan semakin murah.

Saranan saya kepada kerajaan ialah:

1. Terus berusaha untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.
2. Meningkatkan kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara Rakyat mendapat saringan.
3. Memberi saringan percuma kepada setiap Rakyat yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka mungkin terdedah kepada risiko Covid.
4. Memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.


Dan sesiapa yang melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan.

NAJIB RAZAK

MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan