Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Kelantan ditahan wad untuk saringan Covid-19


Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas mempunyai gejala dan tanda-tanda Covid-19.

Beliau dikatakan mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak, Khamis lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, semalam.

Seorang ahli keluarganya ketika dihubungi berkata, Mohamad Shukri mengalami sakit sendi selepas pulang dari Sarawak dan mendapat cuti sakit selepas menjalani pemeriksaan di klinik pada Ahad lalu.

"Selepas itu keadaan demam tidak kebah, dan beliau sekali lagi ke klinik sebelum diminta membuat saringan dan dimasukkan ke HRPZ II jam 9 pagi semalam.

"Beliau dimasukkan ke hospital untuk pemantauan memandangkan sekarang wabak Covid-19.

"Menurut pihak hospital memang ada jangkitan kuman, tetapi belum dipastikan jenis jangkitan sebenar," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya itu berkata, Mohamad Shukri dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.

"Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dan mesej yang tersebar mengatakan beliau dalam keadaan kritikal adalah tidak benar.

"Pagi tadi kami sempat video call (buat panggilan video) dan beliau memaklumkan keadaannya baik namun rasa mual," jelasnya.

Tambahnya, keluarga yang mempunyai kontak rapat dengan Mohamad Shukri juga diminta supaya hadir ke klinik kesihatan untuk tujuan saringan kesihatan.

"Kami mohon orang ramai supaya mendoakan beliau dan tidak menyebarkan berita tidak benar mengenainya," katanya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan