Muhasabah Lah Sahabat-Sahabat PH Sekalian
1) Setakat ini saya belum jumpa post mana-mana sahabat saya daripada parti AMANAH dan PH membuat status muhasabah diri atas keterlingkupan kerajaan PH. Sehingga hari ini, hanya ada kutukan dan makian kepada UMNO dan PAS serta Bersatu.
2) Muhasabah dirilah dulu, kenapa kerajaan PH lingkup. Kalaupun kita yakin ia salah UMNO dan PAS, pertama kalinya kena muhasabah diri dulu sebelum tuding jari kepada orang lain. Tentu ada kesalahan besar daripada pihak sendiri yang menyebabkan keterlingkupan ini.
3) Bukankah kita beriman bahawa, Allah Maha Berkuasa menaikkan mana-mana kerajaan, dan melingkupkan mana-mana kerajaan? Kenapa tidak muhasabah dan renung, kenapa Allah melingkupkan kerajaan PH? Ya, Allah yang melingkupkan PH. Pengkhianatan Azmin Ali dan Bersatu hanyalah asbab. Sokongan PAS dan UMNO hanyalah asbab.
4) Hakikatnya, kalau kita muhasabah balik apa yang PH sudah buat, apa yang menteri-menteri PH dah buat, kita akan nampak. Ia berpunca daripada bongkak dan angkuh dengan kuasa. Jika anda tidak rasa menteri-menteri PH angkuh, bermakna anda pun berada pada kedudukan yang sama. Ego. Angkuh.
5) Sebilangan kecil yang bagus, baik dan merendah diri tidak menjadikan kerajaan PH bagus sedangkan yang membongkak itu ramai, daripada pucuk sampai ke akar mahacai. Bongkak dan angkuh adalah salah satu punca kemurkaan Allah terhadap kerajaan Firaun, Namruz, dan segala kerajaan angkuh yang lain di dunia.
6) Kerajaan Islam Bahgdad yang maju dan hebat dimusnahkan oleh Allah dengan asbab tentera Mongol. Bukan bermakna Mongol itu tentera Tuhan atau tentera yang baik. Allah boleh menghantar musuh-musuh-Nya untuk menghancurkan kerajaan yang dikehendaki-Nya.
7) Maka, kita kena muhasabah kesilapan kita. Cuba renung dan cari balik ucapan-ucapan kita dan pimpinan kita yang bongkak. Bahaskan dalam post-mortem dan mana-mana mesyuarat. Merendah diri di hadapan Allah, mohon petunjuk. InshaAllah akan ada jalan keluar daripada permasalahan, sebagaimana Sultan Qutuz bermula dengan muhasabah - akhirnya dapat mengambil kembali Baghdad yangtelah musnah daripada Mongol.
8 ) Nak maki PAS dan UMNO, nak kutuk pengkhianatan bagai, semua itu akan menjauhkan diri kita daripada muhasabah. Kita akan anggap pihak kita suci dan tidak bersalah. Kita play victim. Apabila play victim kita tak menjadi, kita akan mulakan pembohongan. Kerajaan pintu belakang lah, kerajaan pengkhianat lah, curi mandat rakyat lah. Apa lagi kita nak bohong? Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan.
Sekian
MR : Ada agama tapi kurang kesedaran agama..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jangan di harap ungkapan semangat,pujian dan yang positif dari golongan yang suka mencium bontot dog and pig, yang terpancul dari lidah mereka ini hanya kata kata nista,kejian,tuduhan,fitnah dan pelbagai lagi kepada saudara seagama tapi dipertahankan golongan dog and pig walaupun dikencing berulang kali
BalasPadamAmalan harian Pee H untuk meninggikan peluang Pee H masuk neraka ialah maki hamun dan fitnah terhadap PN.
BalasPadamTepuk......
Kami sokong Najib Dan Zahidi Dan Hadi jadi PM Dan TPM1&2. Mereka warak Dan tidak pernah curi Wang negara. Ini semua fitnah angkara Dap kominis. Kembalikan Ummno sebagai parti pembela bangsa Dan agama.
BalasPadam