Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak letak syarat lantik menteri, serah pada PM


KUALA LUMPUR, 4 Mac — PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat tanpa sebarang syarat dan pemintaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata antara saranan yang diutarakan beliau termasuk individu yang dilantik menganggotai Kabinet perlu terdiri dalam kalangan yang berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.

“Saya menghargai jemputan Muhyiddin untuk memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Kabinet yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi berkata beliau turut menyarankan agar fungsi Hisbah (ombudsmen) diwujudkan dalam pentadbiran. — Bernama

MR :  PAS menjadikan suasana makin tenang tak ada perbahasan jawatan.. tahniah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan