Header Ads

ads header

Flash News

Pelajar universiti dilarang balik kampung


Pelajar universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi, termasuk pelajar antarabangsa, dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Perkara itu dinyatakan dalam soalan lazim Kementerian Pengajian Tinggi yang dikeluarkan hari ini.
“Para pelajar UA dan IPTS termasuk pelajar antarabangsa yang masih berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) perlu kekal berada di premis tersebut walaupun bagi pelajar yang telah membeli tiket pengangkutan ke kampung halaman.

“Para pelajar tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman/negara asal masing-masing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan,” menurut dokumen itu.

Mereka dikehendaki melaporkan kepada pihak pengurusan UA dan IPTS masing-masing.

Soalan lazim itu juga menyebut pusat pengajian masing-masing perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.

Bernama melaporkan, garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh semalam memberi pilihan untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pulang ke tempat/negara asal atau terus berada di kampus masing-masing.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan