Penurunan Harga Minyak Adalah X Factor Untuk Rakyat
1. Saya menyambut baik langkah Kementerian Kewangan mengumumkan pengurangan harga RON95 sebanyak 19 sen kepada RM1.89/liter, RON97 sebanyak 21 sen kepada RM2.21/liter dan diesel sebanyak 17 sen kepada RM1.96 seliter berkuatkuasa esok
2. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati harga serendah ini adalah pada 29 Jun 2017.
3. Langkah ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu rakyat memandangkan harga minyak dunia yang telah merosot di bawah paras USD 50 se tong pada bulan ini.
4. Tindakan penurunan ini menunjukkan komitmen kerajaan baru bagi menurunkan kos sara hidup serta memastikan segenap lapisan rakyat mendapat manfaat daripada lebihan wang kesan penurunan harga bahan api
5. Saya percaya lebihan tunai yang akan dipulangkan ke dalam pasaran tempatan ini akan membolehkan sektor perniagaan yang menerima kesan negatif COVID-19 akan menerima manfaat besar dan memulih pada kadar yang lebih cepat.
6. Penurunan yang saya kira agak besar ini akan menjadi satu X Factor kepada pentadbiran baru dalam menerima dokongan dan sokongan rakyat.
7. Sudah tentu masih banyak lagi perkara yang masih perlu dilaksanakan seperti penilaian / pelaksanaan pakej stimulus, insentif korporat dan semakan projek infrastruktur rakyat. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah satu permulaan yang baik untuk sebuah kerajaan yang baru berusia kurang seminggu
Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen
Kuala Terengganu
6 Mac 2020
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan