Header Ads

ads header

Flash News

Petugas Covid-19 Terkilan, MP PKR Bagi Nasi Kosong, Ikan Goreng


Kuala Lumpur – Tindakan ahli parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai memberikan nasi putih berlaukkan 2 ketul ikan goreng kepada para petugas barisan hadapan Covid-19 dikecam para pengguna media sosial.

Laman Facebook Muafakat Kedah melalui satu posting menyifatkan tindakan ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai kedekut.

“Ucapan terima kasih buat Ahli Parlimen Alor Setar, YB Chan Ming Kai bagi sumbangan ikhlas berupa nasi putih berlaukkan ikan goreng tergeliat 2 ekor buat petugas barisan hadapan covid19 pada hari ini.

“Kesian buat petugas, penat jerih depa hanya dinilaikan dengan sumbangan sebegini sahaja. Ikhlas ke macam ini ?

“Atau sekadar nak ambik nama saja kerana stiker tu nampaknya lebih mahai dari lauk yang dibagi. Kuah pun takdak. Makan lekat rengkong mampoih. Anda semua nilaikan sendiri?

“Ingat YB Alor Setar. Ingat Ikan termenung tergeliat 2 ekoq. #YBKedekut,” memetik kenyataan pengendali laman tersebut sebentar tadi.

SuaraTV cuba untuk menghubungi wakil rakyat tersebut bagi mendapatkan maklumbalas dan pengesahan, namun gagal.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak prihatin terhadap jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban nyawa demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Bagi la elok skit aihh itu nama ikhlas (ini) nak bagi kucing ka org. Hanya begitu nilai para petugas di mata dia. Bukan kira tak bersyukur tapi depa terkilan. Kau tak payah pulun nak bagi 1000 bungkus kalau tak mampu atau lari bajet, memadai bagi 500 bungkus dengan lauk yang elok sikit. Depa (para petugas) bukan nak lauk mewah pun tapi agak-agak la YB. Insyallah banyak lagi yang prihatin dan hormat kepada para petugas,” uajr Azrul Hisyam Ahmad.

“Buat malu PH (Pakatan Harapan) ja YB ni, teruk sangat bagi makan kuching ja lah,” tegas Aiman Radzi pula.

Sementara itu, ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai wajar dan wajib untuk bersyukur atas setiap sumbangan yang diberikan.

“Kalau YB bagi dekat kucing tepi jalan mungkin kucing tersebut tahu lagi bersyukur. Silap la YB buat macam ini dekat manusia yang tak tahu erti bersyukur,” tegas Darren Khor Chia Hao. – SuaraTV



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Ta'yah bgi lah YB nsi cmni kat ptugas2 CV19 ni mmg d krtik lh .

    BalasPadam
  2. kalau makcik timah yang bagi padan la.. ni YB yang bagi.. puiihhh

    BalasPadam
  3. PH takyah sibuk bagilah... Kalu nak bagi, takyah buh sticker. Lebih ikhlas.

    BalasPadam