Header Ads

Header ADS

Terima kasih dan tahniah kepada YAB PM atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sangat menyeluruh


Terima kasih dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19.

Saya mengharapkan dengan pengumuman ini, para petugas di barisan hadapan, golongan peniaga dan rakyat di segenap lapisan dapat menarik nafas lega, seterusnya merangsang kitaran ekonomi supaya segera pulih.

Insya-Allah pakej PRIHATIN ini akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan, dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Siapa tak suka diberi bantuan yg banyak.

    Cuma kenalah disusuri.
    Dari sumber mana duit itu.

    Biarlah dibahas oleh ahli dewan rakyat & dewan negara.

    Ada 2 perkara.
    Nak cuba buat baik pada rakyat.
    - tahu nak tumbang.
    - nak bagi gula-gula

    Walaupun perit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la,pelik kan,dari mana kerajaan yang sehari jagung ni dapat dana yang banyak untuk diagih kepada rakyat.sedangkan kerajaan sebelum ni selalu mendendang lagu yang sama berkali-kali.malah memberi alasan yang sama supaya janji pru14 dimungkiri.tapi dengan tiba-tiba je PM umumkan dana yang besar untuk rakyat,memang pelik..harap siasat..

      Padam
  2. Assalamualaikum.
    Ngaku ulama sedunia , tok guru kononya tetapi bacul dalam SyariatNYA kerana apabila umat islam dibumi para NabiNYA ditindas dianayai dizalim dan dibunuh ulama sedunia ini dan tok guru ini bersana sekutunya hanya berani berjuang AgamaNYA melalui jalan cara 0rang kafir dan kufur iaitu demokrasi ciptaan dari tangan 0rang yahudi dan nasara hanya dengan junjung batangpencil yang jelas lagi tersuluh tidak pernah dibuat 0leh Rasul yang diutus keoada seluruh manusia Nabi Muhammad saw tidak juga pernah diadakan hal seperti ini pada zaman para sahabat Nabi saw..
    Rwyt ada menyatakan Rasulullah saw , ada berkata ;
    " Barangsiapa yang membuat suatu perkara yang bukan datang dari perintah maka ia tertolak."
    Astaghfirullah halazim.
    Sudah terlampau jauh dari pertunjuk RasulNYA tetapi masih berlagak kononya berada diatas jalan pertunjuk..
    Benarlah kata Allah swt , In QuranNYA ;
    " Mereka menyangka mereka mendapat pertunjuk ".
    Gudmlm.
    Mf ggu

    BalasPadam
  3. Unknow 2.11p .Awok ni kena ngaji banyak lagi. Nampak sangat bodoh. Kalau ulamak seperti TGHH tak betul, nyatakan sapa yang betul ikut nabi di malaysia ni. Atuk dan Nuar?- kedua2 ni memperokperandakan Malaysia 20 tahun.Soal berebut jawatan.Nak harap LGE?Semua ke laut. Masa 22 tahun perintah, kata duit negara nak bangkrup dah,pahtu jual lambak harta negara.Macam2 tuduh tapi atadkpun masuk jel mana2 yang kata rompak negara,
    Melayu sibuk berebut jawatan,cina sibuk lanun harta negara dan isi jawatan penting. Fitnah tu makanan ruji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.
      In Quran Allah swt , sudah berkata tentang golongan yang berbangga pada puak mereka dan yang berilmu tetapi berada dalam keadaan kesesatan ,
      " Mereka umat Rasul-Rasul mereka berpecah belah kepada beberapa pecahan dalam urusan agama mereka. Setiap mereka berbangga dengan apa yang ada pada golongan mereka ."

      " Maka biarkanlah mereka tenggelam didalam kesesatan hingga waktu tertentu."

      Kesimpulannya ,
      Ayat di atas ini Allah swt , menjelaskan akan kebodohan dan kejahilan penganut islam akhir zaman yang begitu taksud kepada bendera parti politik serta mengadakan tentang perkara baru dalam AgamaNYA

      Jadi maksud erti kata sebenar islam hanya dibibir serta tidak meresapi kedalam mata hati jika dihayati dan dikaji maksud firman Allah swt di atas itu wahai manusia penhujung dunia..

      Syaidina Umar Al-Khattab ra , ada berkata ;
      " Setiap perkara baru adalah bidaah walaupun dianggap baik ( hasanah )."

      Kesimpulannya ,
      In Quran Allah swt , berkata ;
      " Sesungguhnya manusia itu zalim dan bodoh ."
      Cara demokrasi yang dijunjung penganut islam akhir zaman ini seperti atau condong dan mirip kepada cara demokrasi yang diasaskan 0leh tangan kafir dan kufur akan ayatNYA yahudi dan nasara yang diterapkan kedalam SyairatNYA..

      In Quran Allah swt , berkata ;
      " AKU boleh sesat manusia itu walaupun manusia itu dalam keadaan berilmu ."
      Taksir mksdnya ,
      Syaidina Ali ra , ada berkata ;
      " Kebenaran yang tidak tersusun akan dapat dikalahkan 0leh kebatilan yang tidak tersusun ."

      Kesimpunlannya ,
      Penganut islam akhir zaman yang berada didalam kelompok-kelompok puak-puak bendera parti politik yang berpayungkan idealogi kaum kafir dan kufur akan ayatNYA iaitu demokrasi samalah seperti makhlukNYA itu yang menjalani ibadah puasa hanya menahan lapar dan dahaga sahaja sedangkan anggota lainnya mrnyimpang dari landasan pertunjukNYA.....
      Gudpagi.
      Mf ggu

      Padam
  4. Yawllah cuba lah kita sama tenangkan jiwa kita jng salah menyalah antara satu sama lain .yg perlu kita harungi sekarang gelombang penyakit itu yg penting kita fikirkan soaal bantuan kerajaan tak payah lah nak di pertikaikan .ni nama nya org malayu cakap di bagi salah tak di bagi menyalah.yg baik sekarang bagi pandangan pada kerajaan yg mana tak kena yg salah di perbetulkan yg betul jadikan tauladan.teman 2 semua hidup kita sekali cuba jng tomah org tu org ni sentisa cari salah .seb kita ni maknusia sentiasa ada kesilapan .maaf vita pandangan saya.amin alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la tapi aku nk tengok dulu macam mana dia punya telus sampai ketangan rakyat.klu ada yg tak dapat bermakna dirompak.harap kali ni parlimen2 dan adon buat kerja dengan bertanggungjawab.saya kritik awal2 nak bagi ingat je.semasa bm dan ph sudah terbukti duit2 bantuan rakyat dirompak.😂

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.