Header Ads

ads header

Flash News

Tiada lagi rambut panjang, ‘Abah’ tampil kemas sebagai menteri


KUALA LUMPUR, 10 Mac — Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berjaya menimbulkan tanda tanya di kalangan warga maya berhubung imej terbaharunya selepas dilantik menyertai Kabinet.

Khairy yang sebelum ini berambut panjang selepas pilihan raya umum lalu dilihat memuat naik dua foto berbeza di laman sosial Instagram.

Foto pertama, Khairy kelihatan masih berambut panjang dan agak tidak terurus sementara yang kedua, beliau dilihat kemas dengan rambut tersikat rapi.

Tidak dinyatakan perubahan itu dibuat atas sebab apa, namun ia dipercayai susulan pelantikannya menyertai Kabinet semula.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan baharu kerajaan pimpinannya.

Menerusi senarai panjang itu, Khairy dilantik sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi.


MR :  Bila kerajaan UMNO jatuh, ramai berjambang... Bila kerajaan PH jatuh.. Mujahid dan hilang songkok.. belum berjambang lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan