Header Ads

ads header

Flash News

60 pelarian Rohingya maut dalam bot ke Malaysia - Sikap Malaysia di pertikai


TEKNAF: Seramai 60 etnik Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan, kata 2 pelarian terselamat kepada AFP pada Khamis.
Mereka berkata, kapten kapal pukat tunda itu yang membawa lebih 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak, turut terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pelarian atas bot terbabit.

Hampir sejuta etnik Rohingya tinggal di kem sangat kotor dekat sempadan Bangladesh dan Myanmar, selepas melarikan diri daripada tindakan ketenteraan pada 2017. Ribuan orang cuba melarikan diri ke negara lain dengan bot usang yang sarat dengan penumpang.

Seorang lagi pelarian terselamat, Anwarul Islam berkata, selepas Malaysia dan Thailand menghalang bot itu memasuki perairan mereka, ia kembali ke Bangladesh di mana mereka diselamatkan pengawal pantai pada lewat malam Rabu lalu.

“Terdapat lebih 500 orang dalam bot yang sarat itu. Sekurang-kurangnya 60 daripada kami maut atas bot. Kami mengadakan solat jenazah atas bot dan membuang jenazah mereka ke laut,” katanya melalui telefon kepada AFP.

“Kami tiada makanan, air bersih atau ubat.

“Kapten cuba merogol salah seorang wanita kami dan berlaku pergaduhan,” kata Islam sambil menambah lelaki itu terbunuh dalam pergaduhan dan mayatnya dicampak ke laut.

Kenyataannya disokong Anwar Alam, seorang lagi pelarian terselamat yang berkata, mereka terkandas di laut selama 2 bulan 18 hari.

“Kami memasuki (perairan) Malaysia 3 kali, tetapi mereka tak benarkan. Ramai daripada kami mati dalam keadaan panas dan peluh. Terlalu ramai orang atas bot, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” kata Alam kepada AFP di tenggara Bangladesh.

“Kapten bot terbunuh dalam pertengkaran antara kami dan kru.”

Kelaparan

Seorang pemimpin komuniti Rohingya di Bangladesh yang enggan dinamakan berkata, 482 orang menaiki bot itu.

Itu bermakna lebih 50 orang mungkin sudah mati.

“Ia membuat beberapa percubaan untuk mendarat di Malaysia, tetapi ditolak. Kami fikir beberapa bot membawa Rohingya masih berada di laut.”

Pengawal pantai Bangladesh berkata, pelarian yang terselamat memaklumkan 32 orang maut atas bot itu yang cuba memasuki Malaysia dan Thailand, serta mayat mereka dibuang ke laut.

Pengawal pantai, Shah Zia Rahman memberitahu AFP hampir 250 wanita dan kanak-kanak antara 400 atau lebih pelarian yang diselamatkan daripada bot itu pada lewat malam Rabu lalu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh.

“Mereka kelaparan,” katanya.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, mereka “terlampau kekurangan zat makanan dan air”.

“Badan mereka sudah menjadi rangka. Ada yang sehingga berjanggut atas bot,” kata ketua polis tempatan, Masud Hossain.

Media Bangladesh memetik seorang penumpang bot itu sebagai berkata, Malaysia tidak membenarkan bot terbabit memasuki perairan negara kerana pandemik Covid-19.

“Kami gagal mendarat di pantai Malaysia selepas beberapa percubaan,” Mohammad Jubayer memberitahu portal berita bdnews24.com.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mohamad Zubil Mat Som berkata, kawalan di sempadan maritim diperketatkan.

Hanya beberapa penumpang terselamat itu mempunyai kad pelarian daripada kem dan ramai yang menaiki bot terbabit di Arakan, negeri Rakhine di Myanmar, kata pengawal pantai, Hamidul Islam.

Katanya, mereka ditahan kerana memasuki Bangladesh secara haram dan seorang jurucakap PBB mengesahkan kumpulan pelarian itu kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sejak akhir tahun lalu, agensi penguatkuasaan undang-undang Bangladesh menahan kira-kira 1,000 Rohingya di kampung pesisir pantai dan bot yang dalam perjalanan ke Malaysia.

Biraj Patnaik daripada Amnesty International membidas “sikap kerajaan lain tidak bersimpati” dengan penderitaan Rohingya yang melarikan diri daripada “jenayah terhadap kemanusiaan” di Myanmar.


MR :  Sedih, kesal pun ada...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Ada had kita nak bantu orang juga. Jangan pula sampai kita parah. Kaki2 wartawan antarabangsa memang mulut celupar semua.

    BalasPadam
  2. Jika Pertubuhan Bangsa Bersatu @ UN boleh bertindak keras terhadap negara-negara umat Islam seperti Iraq, Yaman, Syria, Libya dll dengan dakwaan konon melanggar hak asasi manusia, mengapa UN berlembut dengan Israel,Myanmar, China , Komunis, India dll yang sedang sibuk menindas, menyiksa dan membunuh umat Islam ?

    Ini membuktikan UN adalah kepala bapak rasis yang bersikap hipokrit dan double standard. UN adalah alat puak kafir harbi.

    BalasPadam
  3. Kenapa pengawal pantai dia boleh lepaskan pelayaran tersebut?

    BalasPadam
  4. Biar korang mampos dlm laut tu, kalau aku jd menteri...aku suruh tembak mampos jer semua pendatang haram tu, ada aku kisah, ikut mcm israel buat pekak badak jer, xda org kisah pun...

    BalasPadam
  5. kerajaan myanmar bertindak ganas dgn rakyat sendiri sampai lari bersepah ke negara org tu tak pulak diorang kisah..

    yang konon tak tolong ni la jugak yg salah..

    bodoh kot reporter ni semua, sepatutnya korang hentam myanmar.

    BalasPadam
  6. Yang dah lepas masuk banyak bah besar kepala pon takde pulak diorang berterima kasih... Hanat

    BalasPadam
  7. Un , iaitu unhcr perlu fokus beri tekanan kpd myanmar utk kembalikan hak rohingya atas tanahair mereka sendiri.
    Jelas mereka telah buka & tinggal di tanah sejak zaman british yg belum pun wujud junta tentera & undang undang baharu mereka.
    Burma & Israel ni spesis sama rampas tanah org nak kuatkuasakan undang undang baharu.
    Dan un juga jd badak & babi yg merelakan kerja jahat junta ni, tapi kalut suruh negara lain sembang bab kemanusiaan..

    BalasPadam
  8. Ape yg kau nak sedihkan dan kesalkan? Mmang betul tindakan kerajaan. Sepatutnya dari dulu dah buat begini. Mudah2an Malaysia akan mengamalkan sikap "say no to illegal immigrants"! Sama mcm negara Austalia dan negara2 maju yg lain buat! Sampai bila nk tanggung tahi negara lain?! Sepatutnya kau sebagai admin yg bertanggungjawab atas artikel nie mempertikaikan sikap rakyat mnyammar yg menindas golongan Rohingya nie!! Bukannya rakyat Malaysia!!! Kalau kau rasa kesian dan sedih, apa kata sumbatkan Rohingya2 nie dkt dlm rumah kau!! Aku nk tgk selama mana rasa sedih kesian kau tu boleh bertahan! Harap2 diaorg bebas dari COVID-19!

    BalasPadam
  9. Timing tak kena.... penularan convic 19.
    Itu satu punya utama.

    BalasPadam
  10. Kawan-kawan, bolehkah tolong share artikel saya mengenai masalah PATI di Malaysia? Dalam artikel ini, saya tidak memaki PATI tetapi sebaliknya memberikan cadangan bagaimana masalah PATI boleh diselesaikan dengan kerjasama seluruh dunia. Yang anihnya, artikel ini telah dikeluarkan dari indeks google. Perkara seperti ini biasanya berlaku bila ada orang report kepada google dan minta dikeluarkan sesuatu artikel kerana dia tak nak orang lain baca. Saya rasa Malaysia harus diberi peluang untuk bersuara dan itulah sebabnya saya menulis artikel ini. Adakah salah Malaysia menghantar PATI balik ke negara masing-masing? Tolong share https://passionofchrist-lechemindecroix.blogspot.com/2020/05/should-illegal-entry-of-rohingyas-into.html

    BalasPadam