Abdul Hadi, Hishammudin bincang peranan Malaysia di Timur Tengah
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilantik Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Putra, Putrajaya hari ini.
“Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai suasana politik antarabangsa khususnya di Timur Tengah dan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia ke arah mewujudkan kestabilan dan keamanan sejagat.
“Saya turut menyatakan kepentingan Malaysia untuk mengutamakan prinsip damai dalam hubungan antarabangsa, seterusnya mengukuhkan kerjasama antara negara serantau, seagama dan negara yang boleh bersahabat,” kata Abdul Hadi dalam status di Facebooknya
“Saya mendoakan Datuk Seri (Hishammuddin) dan warga Wisma Putra dipermudahkan segala urusan bagi memastikan hubungan diplomatik dengan negara luar terus utuh, dalam situasi semasa yang sangat mencabar,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Semoga Allah memberkati TGHH
BalasPadam