Header Ads

ads header

Flash News

Ajakan Bersemuka Untuk Saya Dan Prof Dr Ridhuan Tee: Ikram Mahu Perangkah?


Banyak pihak yang menghubungi saya meminta maklum balas ke atas kenyataan media Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa, yang menjemput saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) bersemuka dengan IKRAM mengenai isu “tuduhan IKRAMISASI di IPTA”.

Saya telah membaca kenyataan media ini yang menyebut “terlalu banyak maklumat di media sosial yang bercampur baur antara fakta dan rekaan” dan “kaedah bertemu dan bertukar maklumat adalah langkah yang positif dan proaktif untuk meleraikan silap faham”.

Kenyataan media ini juga menyebut mengenai kesan fitnah yang “boleh memudaratkan individu dan masyarakat bukan sahaja kepada yang difitnah, tapi juga yang membuat fitnah, dan yang membaca, percaya dan menyambung penyebaran fitnah”.

Saya juga mengesahkan telah menerima surat Setiausaha Agung IKRAM yang menyebut IKRAM “bercadang untuk mengadakan pertemuan langsung dengan pihak (saya)” sehubungan dengan “siri penulisan (saya) di media sosial yang mengandungi beberapa tuduhan dan insinuasi yang negatif terhadap IKRAM”.

Maklum balas ringkas saya ke atas kenyataan media dan surat Setiausaha Agung IKRAM ini adalah:

(1) Jika betul tujuan IKRAM mahu bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) adalah “untuk meleraikan silap faham”, mengapa pula awal-awal lagi IKRAM menuduh saya mereka-reka cerita dan memfitnah IKRAM? Kenyataan begini bukan cara mengajak untuk berdamai tetapi lebih kepada mengajak untuk berperang. Kalau IKRAM mahu berperang nyatalah saja begitu supaya boleh kita buat cara berperang.

(2) Jika betul tujuan IKRAM mahu bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) adalah “untuk meleraikan silap faham”, mengapa pula IKRAM perlu bersusah-susah untuk bersemuka di musim Covid-19 ini kerana tulisan-tulisan saya adalah pernyataan-pernyataan fakta sahaja? Apa yang perlu dibuat oleh IKRAM mudah, iaitu menyatakan sama ada fakta-fakta yang saya beri ini betul atau salah sahaja.

(3) Apa masalah IKRAM hingga tidak mahu memilih jalan mudah untuk menjawab tulisan-tulisan saya mengenai “IKRAMISASI di IPTA” yang dibuat secara terbuka dengan secara terbuka juga? Bersemuka secara tertutup di dalam bilik memberikan gambaran bahawa IKRAM mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum sedangkan isu yang mahu ditangani adalah isu yang mendapat perhatian umum.

(4) Apa masalah IKRAM hingga memilih untuk bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) bila saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) menulis mengkritik IKRAM sedangkan sebelum ini IKRAM sendiri menulis mengkritik pihak-pihak lain seperti JAKIM tanpa bersemuka dengan mereka pun? IKRAM boleh semak balik kenyataan medianya yang menuduh JAKIM perlu diperbetulkan selepas Pakatan Harapan menang.

Bagi memudahkan IKRAM, sila nyatakan apakah benar atau tidak bahawa fakta-fakta yang saya beri ini adalah rekaan atau fitnah ke atas IKRAM:

(1) Datuk Dr Musa Nordin menyebut dalam laman web IKRAM bahawa puak IKRAM yang Dr Maszlee lantik sebagai Naib Canselor IPTA adalah 6?

(2) Memorandum yang diserahkan oleh pimpinan IKRAM kepada Dr Maszlee pada 11 Jun 2018 menyebut “terdapat lebih 500 tenaga akademik IPTA/IPTS dalam kalangan ahli IKRAM yang digabungkan dalam wadah IKRAM Akademia”?

(3) Keahlian IKRAM Akademia melonjak naik mulai 5 Januari 2019 dengan umpamanya catatan pertambahan seramai 98 ahli yang datang dari IPTA seluruh negara hanya dalam tempoh kurang 3 bulan sahaja, iaitu antara 22 Ogos ke 6 Oktober 2019?

(4) Keahlian IKRAM Akademia hanya eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM yang menjadi ahli akademik sahaja, begitu juga dengan aktiviti-aktivitinya yang bersifat eksklusif, termasuk “mentoring dan pembangunan kerjaya ahli IKRAM Akademia”?

(5) Bengkel Penyediaan Geran Projek FRGS 2019 anjuran IKRAM Academia di UPM, yang selalunya dan sepatutnya dibuka kepada semua ahli akademik, pun boleh dibuat eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM dan diselitkan agenda IKRAM sekali?

(6) Prof. Dato' Dr. Hj Hassan Basri Awang Mat Dahan yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1 Februari 2019 adalah ahli badan tertinggi IKRAM yang dipilih oleh Perhimpunan Ahli Teras (PAT) pada 4 Ogos 2018?

Ini saja fakta-fakta yang saya beri mengenai “IKRAMISASI di IPTA”.

Susah sangatkah IKRAM mahu sahkan atau nafikan fakta-fakta ini?

FB
Kamarul Yusoff


NOTA

Kenyataan media IKRAM ini antara lainnya dilaporkan oleh portal-portal berikut:
https://www.ikram.org.my/…/3952-tuduhan-ikramisasi-ikram-aj…
https://malaysiadateline.com/ikram-hantar-surat-ajak-kamar…/
https://www.malaysia-today.net/…/ikram-hantar-surat-ajak-k…/



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ikram oh Ikram. Fahaman apa yg kau nak bawa? Jadi barua kafir ada lah. Hanya semata nak menang pilihanraya, sanggup jadi barua kafir.
    Sejarah asal Ikram ni adalah IRC yg dibentuk di London UK. Anwar Ibrahim adalah salah seorang pengasasnya.
    Siapa pernah lihat kertas kerja IRC / Ikram.
    Tujuan penubuhannya ialah menyekat kemarahan dua jemaah terbesar dunia :
    1. Tabligh.
    2. Al Hizbul Islam / PAS / Ikhwan.

    Mereka telah berjaya infiltrate Ikhwanul Muslimeen di Mesir dan merosakkan mereka dgn fahaman yg pelik-pelik, berjaya memisahkan Islam dgn politik, berjaya melabel mereka yang berpolitik itu adalah pelampau.

    Tapi tidak di Malaysia. Mereka tewas. Kerana apa? Kerana PAS ada "istiqamah di jalan Allah".
    Ikram /JIM/IRC inilah perosak umat Islam. Cakap berdegar-dengar, dgn org Islam kononnya professional, kononnya warak tapi bila kena serang dengan non Muslim terus menikus takde telor. Bila syariah Islam diserang, habis semua lari bertempiaran. Mereka inilah Munafik.

    BalasPadam