Header Ads

ads header

Flash News

Angka kemalangan jalan raya turun lebih 60% semasa PKP


KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan jalan raya dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) turun mendadak melebihi 66%.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias berkata, jumlah kemalangan maut juga berkurangan dengan ketara.

“Boleh dikatakan jumlah kemalangan dalam tempoh 30 hari PKP sehingga 14 April adalah sebanyak 10,383. Daripada jumlah itu, 130 melibatkan kemalangan maut dan anggaran angka kematian dalam tempoh itu ialah 145 individu.

“Ini bermakna, anggaran jumlah kemalangan berbanding hari biasa jauh menurun disebabkan PKP. Satu hari jumlah kemalangan ialah 370, bermakna menurun lebih 66% atau hampir 70%.

“Bagi hari biasa angka kemalangan ialah 1,500 sehari. Daripada jumlah itu, angka kematian bagi hari biasa antara 14 hingga 16 kes.

“Dengan pelaksanaan PKP, kemalangan menyebabkan kematian hanya 4 atau 5 sahaja,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas dalam usaha kerajaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Ia kini memasuki fasa ke-3 yang dijadualkan berakhir pada 28 April depan.

Azisman berkata, daripada 145 kematian maut dalam tempoh PKP, 80% membabitkan penunggang motosikal.

“Selangor mencatatkan angka paling tinggi membabitkan 33 orang, Johor (19), dan selebihnya Perak dan Kedah. Itu 4 negeri yang mencatatkan kemalangan maut tinggi,” katanya.


MR :  Jumlah kematian kemalangan sebelum ini lebih tinggi drp kematian covid-19


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam