Header Ads

ads header

Flash News

Anwar fail semakan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan


Presiden PKR Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk semakan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan yang enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dikemukakannya berkaitan keabsahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam permohonan yang difailkan bulan lepas melalui tetuan Chambers Leela J, Anwar mendakwa wujud ketidakadilan serius berikutan keputusan mahkamah enggan menjawab persoalan perlembagaannya.

Beliau berkata kerajaan selaku responden dalam kes itu telah membuat keputusan bahawa prosiding sivilnya di mahkamah tinggi harus dibatalkan tanpa perlu didengar.

Dalam notis usulnya Anwar berkata terdapat juga pelanggaran rukun keadilan semula jadi yang serius kerana beliau tidak diberi hak untuk didengar berhubung isu itu, sama ada persoalan perlembagaan yang dibangkitkan adalah abstrak, akademik atau hipotesis.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata majoriti membuat keputusan berdasarkan isu yang tidak pernah dibangkitkan oleh kerajaan.

Justeru Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan majoriti itu dan mahu badan tersebut mengeluarkan perintah yang wajar dan adil.

Pada 11 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai MKN.

Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata ia tidak menunjukkan bahawa kewujudan MKN mengganggu kehidupan peribadi Anwar.

Beliau memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke mahkamah tinggi untuk dibatalkan.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah (sekarang telah bersara) dalam kumpulan minoriti memutuskan MKN adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak digubal mengikut keperluan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar MKN apabila mendakwa pelaksanaannya tidak berperlembagaan. Beliau menamakan MKN dan kerajaan selaku defendan.

Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.

Selain hakim Nallini, hakim lain yang membuat keputusan majoriti ialah Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed; Hakim Mahkamah Persekutuan Abang Iskandar Abang Hashim (sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak), dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh serta Idrus Harun (sekarang Peguam Negara).- Bernama



MR :  Dia ni sibuk berpolitik memanjang..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Nampaknya agenda peribadi seorang pemimpin politik liberal bermata satu adalah lebih penting dari rakyat yang sedang menderita kerana wabak covid-19 sehinggakan sanggup mempertikai peranan MKN Yang sedang menyelamatkan negara dan rakyat dari wabak covid-19.

    Di waktu negara Kita berjaya mengawal wabak covid-19 di mana negara lain nasih gagal, masih ada suara sumbang bodoh berlapis-lapis mempertikai tindakan MKN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu hak dia...apa yg ko sakit hati...biarlah dia nk buat apapun....macam ko jd jurucakap MKN pulak.

      Padam
  2. Baik lah dia ni mati kena covid drpd hidup menyusahkan negara dan rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru je nk doa mcm tu.. Apa pun aku aaminkanlah..

      Padam
    2. Aku pun aamin juga. Ada org MCM ni tak aman negara

      Padam
  3. Makin org x suka anwar

    BalasPadam
  4. B.non kilang kunyit. Menyebok saja la ko. Tak habeh² politik. Politik pun tak guna b.non berapa kerat ja yg tinggal.

    BalasPadam
  5. Yg tak suka anwar tu bukan pejuang reformasi...tak kenal rapat pun dgn Anwar tp sembang mcm kenal sgt...aqu nk tya la yg ko rang tak suka kpd anwar ni...tau ke idak anwar pernah menjadi menteri kewangan terbaik d Asia dan jg antara yg terbaik d dunia...masa dia perbelanjaan kita surplus 5 tahun berturut2 dan Malaysia d kenali sebagai harimau Asia...hanya anwar yg boleh bawa Malaysia menjadi negara hebat...aqu tak kesah lah pasal isu moral..aqu dari dulu tak percaya pasal kes liwat dia...jgn kan aqu pemimpin luar pun tak percaya anwar liwat..fikir2kan lah.

    BalasPadam