Header Ads

ads header

Flash News

Apakah SPRM Era Azam Baki Akan Benar Benar Lakukan Siasatan Ke Atas Daim?


Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki mengesahkan pihak SPRM telah menerima lapuran salah guna kuasa mengenai pemberian kontrak projek ECRL.

Tanpa menyebut sebarang nama, Azam memaklumkan pihak SPRM akan meneliti lapuran berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan untuk tidakan selanjutnya.

Namun melalui satu lapuran yang disiarkan oleh Harian Metro, dipercayai lapuran salah laku yang diserahkan kepada SPRM itu melibatkan Daim Zainuddin yang merupakan Pengerusi Penasihat Pakatan Harapan di era pemerintahan Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Umum melihat adanya keperluan serta asas yang kukuh untuk SPRM melakukan siasatan terhadap lapuran salah guna kuasa ke atas pemberian kontrak ECRL.

Apa Motif Sebenar ECRL Di Teruskan Selepas Pakatan Harapan Sendiri Batalkan



Terlalu banyak perkara-perkara yang sangat meragukan dan menimbulkan tandatanya.

Yang paling meragukan ialah kenyataan bahawa kononnya Daim telah berjaya merunding dan memujuk pihak China supaya meneruskan projek ECRL walau pun pihak PH sendiri telah keluarkan surat pembatalan pada Januari 2019 (BACA DI SINI).

Tetapi pada bulan April 2019, keluar pula kenyataan bahawa Daim berjaya merundingkan semula dengan China untuk meneruskan projek ECRL (BACA DI SINI).

Secara sepintas lalu, ianya memang bagus bila PH dilihat seolah-olah utamakan kepentingan rakyat dengan kejayaan rundingan itu, tapi ianya menimbulkan tandatanya :

Kos ECRL Yang Berubah-Ubah


ECRL pada asalnya ialah projek mega rakyat dari Barisan Nasional.

Ianya dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkemaskan sistem pengangkutan sebagai persediaan Malaysia untuk menjadi negara maju.

Kos asal yang diwartakan oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika projek ECRL dilancarkan ialah RM55 bilion dengan mempunyai 24 stesen.

Sebaik sahaja PH ambil alih pemerintahan, PH umumkan kononnya kos sebenar ECRL ialah RM65.5 bilion dan kerajaan tidak mampu meneruskannya.

Tetapi 'hero' Malaysia, Daim, selepas membuat 'rundingan' dengan pihak China, mengumumkan bahawa kos projek ECRL telah berjaya 'dikurangkan' kepada RM44 bilion tetapi dengan membina cuma 7 stesen.

Ini menjadikan kos pembinaan satu stesen di bawah pakej PH dapat 'dikurangkan' dari RM2.291 bilion (kos Barisan Nasional) kepada RM6.285 bilion (kos PH).

Sebagai bonus, panjang jajaran ECRL juga dikurangkan dari 688 kilometer (Barisan Nasional) kepada 648 kilometer (PH).

Tony Pua menuduh Barisan Nasional sengaja menaikkan kos pembinaan ECRL sebanyak RM25 bilion kerana menurut pengiraan PH kos pembinaan ECRL hanya RM30.

Jadi mengapa kos baharu yang diumumkan melonjak  kepada RM44 bilion? (BACA DI SINI).

Jadi soalan cepumas ialah, mengapa ada pertambahan RM14 bilion dan ke mana atau kepada siapa RM14 bilion itu pergi?

Siapa Yang Mendapat Tender Dan Mengapa Tidak Di Umumkan?


Cara menguruskan pemilihan tender juga sangat meragukan kerana berbeza dengan projek MRT ketika era Barisan Nasional di mana semua nama kontraktor yang memenangi tender diumumkan namun nama kontraktor yang mendapata tender ECRL tidak diumumkan, mengapa?

Daim pernah mengumumkan, antara 'kejayaan' rundingan yang beliau lakukan ialah projek ECRL dapat memberi peluang kepada kontraktor tempatan (BACA DI SINI).

Bunyinya memang bagus, tapi siapa kontraktor tempatan yang mendapat durian runtuh dari projek ECRL tersebut?

Mengapa tidak diumumkan, apakah ianya dianugerahkan kepada kroni? (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Sekiranya Azan Baki tidak mahu dilihat sama seperti Latheefa Koya, maka siasatan yang telus dan menyeluruh terhadap lapuran salah guna kuasa ke atas projek ECRL mesti dilakukan.

Zaman pendakwaan terpilih sudah berlalu.

Sumber : LINK





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Klu betul perkara ini berlaku DS Azam Baki perlu siasat hingga keakar umbi! Berani kerana benar takut kerana salah!!! Tunjukkan taring kita!. Kita X perlu xkut pada sapa sapa! Belum lg saya dengar pehak ini menjalankan tugas dengan berani dan tidak menyebelahi mana mana!!! Kecuali xkut pada pemerintah! Kitakan badan yg beramanah???

    BalasPadam