Header Ads

ads header

Flash News

Banteras ‘tangan hitam’ ambil kesempatan naikkan harga barang, kata persatuan pengguna


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong penuh langkah kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Presidennya, Jacob George berkata, tindakan itu tepat pada masanya selepas mendakwa wujud “tangan hitam” yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barang yang penting ketika ini.

“Kita dapati sudah ada trend. Satu minggu telur tak cukup, selain roti dan kari jenama tertentu

“Ada ‘tangan hitam’ tidak hantar barang dan sengaja buat sesuatu untuk tangguhkan penghantaran bekalan yang diperlukan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu hari ini, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati ketika tempoh PKP.

Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negara.

 
Jacob George
Dalam pada itu, Jacob mempersoalkan apakah pegawai kanan KPDNHEP dan agensi lain turun padang dan memantau keadaan sebenar di pasaran.

Beliau berkata, adakah pihak berkuasa hanya menunggu aduan dibuat oleh persatuan atau pengguna dan hanya mengambil tindakan selepas itu.

“Ini satu masalah kita. Mesti ada satu jawatankuasa khas untuk memastikan makanan dan barangan keperluan asas cukup.

“Tetapi sebaliknya, sebab ada kedai runcit dan pasar raya tidak cukup barang,” katanya.

Jacob meminta kerajaan mengambil tindakan dengan menyenarai hitam atau menarik balik lesen syarikat yang menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab sengaja tidak menghantar bekalan makanan.

Beliau berkata Cassa bersedia membantu kerajaan bagi membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Rancangan ikhlas kerajaan PN untuk meringankan beban di waktu wabak covid-19 melanda negara Kita adalah satu usaha kerajaan PN yang murni, mulia dan sangat dihargai oleh rakyat negara Kita.

    Malangnya terdapat lintah darat yang cuba menangguk di air keruh dengan menaikkan HARGA barang keperluan rakyat untuk menambahkan penderitaan rakyat.


    Maka Kita mohon kerajaan PN bertindak tegas dan keras ke atas semua lintah darat ini kerana mereka cuba sabotaj usaha murni kerajaan PN.

    BalasPadam