Header Ads

ads header

Flash News

Charles Hay, Muhyiddin bincang Covid-19, kerjasama dua hala


KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya antara lain untuk membincangkan mengenai kesan krisis Covid-19.

Suruhanjaya Tinggi itu berkata, pada pertemuan berkenaan perbincangan turut tertumpu mengenai kerjasama dua hala lebih luas, terutama bagaimana Britain dan Malaysia dapat bekerjasama untuk pulih daripada krisis.

"Kami mengikuti rapat perkembangan mengenai perjalanan udara serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia," kata Hay dalam satu kenyataan kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Beliau turut membangkitkan isu warga asing termasuk British dengan permit kerja atau pas lawatan sosial jangka panjang yang kini berada di luar Malaysia dan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia semasa tempoh PKP.

Mengenai hubungan dua hala United Kingdom-Malaysia, Hay berkata, pihaknya berharap hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan lagi selain menaruh harapan penubuhan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan dengan kerajaan Malaysia dapat direalisasikan.

"Kami juga berminat mendapatkan status Rakan Dialog dengan ASEAN untuk menjalinkan kerjasama dalam kerangka lebih luas bukan sekadar dalam perdagangan, pelaburan dan keselamatan," katanya.

Pada pertemuan itu, Hay berkata, Muhyiddin turut bertanya khabar Perdana Menteri British, Boris Johnson.

Kini, terdapat antara 8,000 hingga 10,000 warga British menetap di Malaysia.- Bernama


MR :  Kalau baca tuduhan macai PH, Eropah tak iktiraf Muhyiddin... Macai PH sama bahaya dengan virus Covid-19


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tun M ulang alik pergi UK , siap buat temuramah di Oxford dapat apa ?

    Dapat kecaman daripada pelbagai pihak , termasuk Human Rights Group.

    Teresa May pun tak mahu jumpa. Buang masa aje.

    Sekurang-kurangnya YDP Agong dapat sambutan daripada Queen Elizabeth.

    Tun M dapat kosong. Belanja yang amat , tapi habuk tadak.

    Tun M patut disiasat dan dipenjarakan.

    BalasPadam