Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Rakyat bersidang sehari pada 18 Mei ini


PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini.

Dalam satu notis, setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat berkata, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 tersebut akan dilangsungkan selama 1 hari saja.

“Susulan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), maka persidangan Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

“Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan lisan di bawah peraturan Mesyuarat 22 (2) dan 22 (5), pertanyaan bertulis dan usul. Oleh yang demikian, semua pemberitahuan tersebut tidak perlu dihantar untuk mesyuarat ini,” katanya.

Dewan Rakyat dijadual bersidang selama 15 hari bermula 18 Mei selepas ditangguhkan pada 9 Mac berikutan pertukaran kerajaan.

Sementara itu, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, ahli Parlimen pembangkang terkejut apabila menerima notis memaklumkan hanya 1 hari ditetapkan untuk persidangan.

Beliau menyifatkan perkara itu tidak masuk akal kerana persidangan pertama tahun ini memang ditunggu-tunggu

“Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.

“Walaupun terdapat Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat bahawa banyak negara seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan sesi Parlimen biasa.

“Lebih baik lagi, Korea Selatan mengadakan pilihan raya umum semalam, di bawah sekatan pandemik yang teruk,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan cuba membelakangkan dewan dan “melepaskan” pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion tanpa kelulusan Parlimen.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. biar bijakkah sikit teresa kok, lepas civid bersidanglah lama tak mengapa, Adakah kita tak tengok apa dah jadi di us dan uk sekarang, adakah kita mahu begitu?

    BalasPadam
  2. Makin meroyanlah geng geng putus harapan kerana tiada harapan untuk usul undi tidak percaya kepada pn... Percayalah jika tempoh bersidang lama sekalipun tiada apa resolusi dan solusi dalam Parlimen untuk rakyat melainkan watak watak mp beruk dan monyet saling tuduh menuduh,label melabel dll .Tiada satupun idea yg bernas terutamanya dari golongan penghancur harapan melainkan lagu lagu yg rakyat telah bosan mendengarnya dalam suasana covid 19 yang begitu terkesan

    BalasPadam
  3. Jgn kita layan ph,,,mereka jadi kerajaan jahanam negara,,,bg dap suruh fikir alasan bagaimana nak jawap tudhan mereka komunis dan penyokong penganas bila covid ni selesai kelak,,,bg yg boleh lari silakan lari drpd skrg

    BalasPadam
  4. Dia g amik contoh negara yg carta Covid-19 melebihi KLCC, memg X laaa kan...

    BalasPadam
  5. susah kalau dah gile talak nih !!! menyusahkan org je tak abis2

    BalasPadam
  6. Selangor dan penang dua negeri terkaya di msia, bawah pentadbiran ph yang canang mereka hebat.. Sila kasi tau berapa billion pakej rangsangan ekonomi kepada rakyat hingga mereka rakyat kata jadi faktor wowww semasa covid 19 sekarang.

    BalasPadam