Header Ads

ads header

Flash News

Dilema Surirumah


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan penulisan aku.

Aku seorang suami kepada Suri Profesional dan ayah kepada anak soleh dan solehah. Bekerja tidak jauh daripada kediaman manakala isteri suri rumah.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang dilema seorang suri rumah dan peranan suami sebagai “ubat penenang”.

Musim PKP ini membawa aku menyelami dilema yang dialami oleh sang isteri. Mungkin sebelum ini aku hanya memahami sebab pergi kerja dan balik petang atau sudah larut malam.

Tetapi musim mencabar ini aku dapat merasai kecelaruan yang bermain di benak sosok tubuh yang menguruskan rumah serta isinya.

Ada beberapa dilema yang ingin dikongsikan berdasarkan pengalaman serta cara yang mungkin seorang hero boleh lakukan sebelum si dia bertukar kepada super saiyan!

1. TERPERAP DI RUMAH

Dilema ini biasa dialami suri rumah. Seawal pagi bangun solat subuh, siapkan sarapan, gosok baju, mandikan anak-anak, suap anak, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, masak. Ini boleh dikatakan rutin harian dia. Kesian kan?

Ada rezeki jumpa lah jiran sebelah dan sembang masa sidai baju. Jangan risau, sudah tentu ada penjarakan sosial ok.

Sebagai seorang suami yang kacak, kita boleh ambil alih beberapa rutin ini. Contohnya kita suka mengemas, jadi bab vacuum, mop, lap tingkap, lap dinding, susun atur rumah dan sebagainya serahkan pada yang pakar.

Kemudian uruskan anak seorang 1, sebab ragam anak nak mandi dan pakai baju je dah boleh menguji kelantangan vokal kita. Itu baru dua anak, mengikut kepada wawasan keluarga aku nak 4-5 orang anak. Order je kan? Haha.

Bawa makan luar sekali-sekali sebab ada masanya dia jemu nak makan masakan sendiri. Bawa jalan-jalan pusing tesco, giant, aeon, kedai eco untuk window shopping. Ini adalah teknik meningkatkan motivasi dia untuk meneruskan rutin harian di rumah. Woha!

2. MEMENDAM RASA

Banyak perasaan yang disimpan bila jadi suri rumah. Penat, geram, sedih, terasa hati dan sebagainya.
Yelah, uruskan rumah dan anak memang penat sangat. Aku yang kadang kemas rumah pun dah sakit-sakit pinggang. Aduh, nanti urut abang ye sayang. Hehe.

Geram tak boleh nak cakap la sebab layan perangai anak yang semakin kreatif dan layan perangai suami yang duduk mengadap game pun satu hal.

Hasil gabungan penat+geram ini akan menatijahkan perasaan sedih. Sedih ini tak tunjuk depan kita. Kadang menangis sebelum tidur, masa mandi, masak, dan tengok hindustan. Eh?.

Terasa hati tu boleh jadi juga bila dah masak suami tak makan sebab ngeteh dengan kawan masa balik kerja. Ada masa suami makan tapi sikit je dan komplen bukan-bukan. Terasa hati beb isteri kita!
Sebagai suami yang mengambil berat tentang perasaan isterinya, hanya satu sahaja yang diperlukan. Kita kena jadi pendengar yang baik.

Setiap kali balik kerja mesti isteri kita buat laporan berita pasal anak, aktiviti hari ni, kondisi barang dapur, dan sedikit gosip. Gunakan masa ini untuk dengar apa sahaja bentuk laporan yang disampaikan.

Berita juga ada dibacakan sebelum tidur, jadilah pendengar setia walaupun mata kita dah terkebil-kebil. Dengan cara ini dapat membantu merembeskan segala perasaan yang terbuku di hati.

3. PEGANG DUIT SENDIRI

Semua isteri impikan kerjaya yang baik lepas berhempas pulas belajar sampai menara KL. Tapi lepas ambil kira kos travel, hantar anak ke pengasuh, kurang masa bersama anak; kami bincang dan setuju untuk aku sahaja yang bekerja walaupun kelayakan pendidikan dia lebih tinggi. Adudu.

Dalam keredhaan dia, pasti terselit keinginan nak pegang duit macam kawan-kawan lain. Beli barang online, travel sana sini, tukar hp setiap edisi baru, ada kereta H dan sebagainya.

Aku dapat menganalisis keinginan dia melalui gaya penceritaan dan luahan rasa.

Sebagai suami yang penuh strategi, kita perlu susun balik agihan duit kita. Selain bagi duit dapur, keperluan anak, bayarkan PTPTN, dan nafkah, kena ada peruntukan sikit untuk dia simpan.

Simpan pula kita boleh bahagi kepada simpanan tetap macam tabung haji dan simpanan khas untuk dia.

Sebab keinginan perempuan tak boleh jangka. Kejap nak lampu, kejap nak kipas, macam takde kaitan kan? Haha. Untuk elakkan kita pening kepala, minta dia simpan sendiri.

Kalau jalan dekat mall kena tanya juga nak apa-apa ke sebagai pemanis kata. Contohnya baju atau kasut. Sebab suri rumah ada satu simtom segan nak minta sebab dia tak kerja. Kemon la, ini abang kan! Nak apa? Pergi ambil, bawah RM50 je tau! Haha.

Jadi ada benda yang dia kena simpan dulu untuk beli dan ada benda yang minta sahaja pada kita. Suami mana tak sayang bini woii! Yang penting ikut kemampuan kita dan jangan sampai berhutang.

4. MEMBERI PADA IBU AYAH

Setiap bulan mesti kita ada peruntukan sikit untuk bagi ibu ayah kan? Sebab kita rasa puas dapat berkongsi walaupun sikit.

Macam tu jugalah perasaan suri rumah. Dia rasa bersalah sebab tak dapat balas balik jasa ibu ayah dalam bentuk wang ringgit.

Tambah pula kalau adik-beradik lain semua kerja dan dia seorang je tak kerja, maka bermula lah madah di jiwa “aku anak yang tak dapat berbakti pada ibu ayah”. Uhuk2.

Sebagai suami yang berjiwa besar, kita boleh bantu meleraikan kekusutan yang melanda.

Macam mana? Jadilah menantu yang disenangi dan hormat pada ibu ayah mertua. Adab dan sopan yang kita pamerkan pada mereka sekurangnya dapat tenangkan hati dia.

Pakat dengan dia setiap kali pulang ke kampung untuk beli keperluan dapur, pakaian, makanan, atau apa je yang dianggap perlu.

Boleh juga kumpul duit sama2 untuk beri hadiah sempena hari jadi mak ayah dia dan bagi sedikit “salam kaut” masa hari raya.

Sedikit sebanyak dia akan rasa dia dapat berbakti dalam bentuk pemberian wang atau barangan. Baru lah nanti muka ada senyum.

……………………………………………………………….

Akhir kata, aku bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang cerdik dan solehah, penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran. Itu lirik lagu ek? Haha.

Bersyukur kerana sudi mengorbankan kerjaya demi menjadi suri rumah yang superb. Makan minum terjaga, pakaian disediakan, anak-anak terurus dengan baik, rumah diselia agar sentiasa kelihatan selesa.

Lazimi ucapan terima kasih pada pasangan kita. Walau apa pun kekurangan, dia adalah aturan terbaik untuk kita.

Carilah segala kebaikan yang tersurat dan tersirat, sebab mencari 1 kebaikan itu lebih susah daripada mencari 1000 keburukan.

Terima kasih.
Salam hormat,

– Rohit (Hero Suri Profesional)
(Bukan nama sebenar)


#sumber




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Buang masa ja baca... nak cerita bini dia hebat la tu.. org lain pun ada bini la

    BalasPadam
  2. Husnu zhon adalah lebih baik.

    Penulis bagi tip membahagiakan isteri yg sanggup jadi surirumah sepenuh masa walau belajar tinggi.

    Bagusnya kalau semua suami memahami hati isteri sbgmn yg penulis cuba kongsikan.

    Mabruk buat penulis.

    Moga lebih ramai suami yg prihatin sanggup berkongsi cara membahagiakan seorang isteri.

    Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu berguna buat orang yg beriman.

    Surah al-Zaariyaat: 55

    BalasPadam
  3. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    BalasPadam