Header Ads

ads header

Flash News

Dr Asri (Maza) bidas Ikram/Amanah?


Saudara yang bertanya, terima kasih atas soalan. Asalnya, saya malas hendak menjawab soalan sebegini. Memandang saudara dan beberapa orang lagi bertanya hal yang sama, maka saya siarkan jawapan ini secara terbuka supaya saudara dan orang seperti saudara dapat membacanya.

Saya sembunyikan nama saudara. Sebenarnya, soalan saudara terkandung banyak isu. Saya harap saya dapat meneliti dengan baik perkara-perkara yang saya sebutkan nanti.

Saya bersetuju bahawa manusia berpegang kepada ikrar dan janji. Itu pun hendaklah dilihat, sejauh mana ikrar dan janji bercanggah atau tidak dengan syarak.

Adapun saya dan majoriti rakyat tidak pernah terlibat dengan perjanjian atau ikrar antara orang-orang politik tersebut. Itu urusan mereka. Majoriti rakyat tidak terbabit dengan perjanjian ‘memfaraidkan kuasa’ antara orang-orang berkaitan.

Perdana menteri yang ada sekarang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu kuasa tertinggi yang diiktiraf oleh perlembagaan negara. Di sisi Perlembagaan, dia merupakan perdana menteri yang sah.

Apabila ia sah, di sisi syarak ia wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh kepada dosa dan maksiat.

Bercakap tentang ikrar dan janji, adapun saya - bahkan semua rakyat yang sebenar - telah berikrar Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Saya percaya saudara pun pernah berikrar.

Dengan saudara tidak mengiktiraf perlantikan yang dibuat oleh Agong bererti saudara melanggar ikrar dan janji yang saudara telah buat sejak dahulu. Justeru, saya mengiktiraf kerana saya menunaikan janji dan ikrar.

Untuk pengetahuan saudara, pada 8 Okt 2019 perdana menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, menulis sepucuk surat peribadi kepada saya. Antara isi kandungan surat tersebut, beliau menyatakan: "Saya buat janji siapa yang akan ganti saya jika saya jadi PM. Saya tidak boleh mungkin janji. Orang lain tidak janji apa-apa. Mereka boleh pilih siapa saja. Tetapi saya nak pilih orang lain, ini salah jika saya lakukannya."

Dari surat Tun Mahathir itu, ternyata orang lain tidak terikat dengan janji selain dari Tun M sahaja. Sudah pasti Agong tidak terikat dengan janji tersebut. Rakyat awam seperti saya juga tidak terikat dengan janji itu. Maka tiada siapa yang boleh dituduh sebagai khianat kerana mengiktiraf kerajaan yang ada.

Kita semua tahu, apa yang berlaku perdana menteri ketujuh meletakkan jawatan. Maka negara tiada perdana menteri. Seorang perdana (menteri) perlu dilantik. Apakah cara? Agong telah mengambil langkah yang wajar dan dipertujui oleh Majlis Raja-Raja.

Satu cara pemilihan telah dibuat di Istana Negara. Parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertai pemilihan tersebut dengan hadir ke Istana Negara dan memaklumkan calon pilihan mereka kepada Agong.

Jika pemilihan itu satu pengkhianatan dan tidak sah, mengapa parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertainya? Tidakkah pemilihan perdana menteri adalah hasil dari proses tersebut?

Jika diandaikan calon parti saudara menang, adakah sah? Jika calon saudara tidak menang, maka tidak sah?!!! Lojik apakah ini?!

Adapun sudut ketelusan parti saudara yang tidak akan mengiktiraf lompat parti, mungkin saudara terlupa sejarah parti saudara. Parti saudara muncul hasil dari lompat parti. Bukan sahaja lompat parti, bahkan melanggari baiah dengan parti asal mereka.

Bukan baiah biasa, tetapi baiah atas nama Allah dan Rasul-Nya bahawa isteri tertalak jika mereka lompat. Pun begitu mereka telah melompat. Pemimpin saudara pernah menghantar surat kepada saya selaku pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis untuk memutuskan apakah isteri mereka tertalak.

Jawapan yang kita berikan ialah sama ada jatuh atau tidak talak itu berdasarkan niat semasa sumpah talak tersebut dibuat. Saudara boleh rujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-24 dan 25/2016 pada 20-21 Dis 2016.

Namun, perbuatan menggunakan nama Allah, Rasul-Nya serta talak isteri untuk berpolitik adalah perbuatan yang keji. Hal itu pernah dilakukan oleh parti saudara.

Jika saudara masih ingat atau membaca, ada percubaan menjatuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008 yang cuba membentuk kerajaan melalui lompat parti. Pemimpin-pemimpin parti saudara juga bersama dengan pemimpin berkenaan.

Pemimpin tersebut juga calon PM yang saudara sebut. Saya bukan mahu memburukkan beliau, tetapi jika saudara bercakap soal prinsip yang parti saudara pegang, mungkin saudara boleh menilainya.

Pengiktirafan saya tiada kaitan dengan perjanjian antara orang-orang politik. Saya mengiktiraf apabila seseorang telah sah sebagai perdana menteri dan kerajaan di sisi perlembagaan.

Jika satu hari kumpulan saudara sah menjadi kerajaan yang sah, saya iktiraf. Soalan mengkritik, itu perkara kedua. Berbeza antara kritik dan iktiraf. Mengapa saya iktiraf dan taat selagi tidak mungkar? Jawapannya kerana saya bukan orang parti seperti saudara.

Saya musim yang berpegang kepada arahan Nabi SAW (bermaksud): “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba Habsyi, dengar dan taatlah jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll, sahih atas syarat al-Imam Muslim).

Juga sabda Nabi SAW (bermaksud): “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Prinsip rakyat dalam urusan pemerintahan ialah kita menyokong yang baik dan ijtihad yang tidak berdosa dalam pentadbiran. Kita memberikan pandangan balas dan kritikan jika perlu. Kita membantah dan tidak menyokong hal-hal yang mungkar.

Apa yang penting, negara mesti stabil dan memelihara kepentingan rakyat dan agama.

Telah berlaku pertukaran kerajaan dalam sepanjang sejarah manusia melalui pelbagai cara. Ada yang melalui cara terpuji dan ada yang melalui cara yang keji. Kerajaan ‘Abbasiyyah ditegakkan hasil rampasan kuasa daripada kerajaan Umawiyyah.

Pun begitu, rakyat terus hidup. Berkurun-kurun kerajaan itu berlangsung. Para ulama yang fakih terus dengan sikap jujur mereka. Mereka mentaati hal yang patut ditaati dan membangkang hal yang patut dibangkang. Para imam yang empat, hidup di bawah kerajaan Abbasiyyah.

Demikianlah kebanyakan ulama dan sarjana pelbagai bidang. Mereka khidmat dalam hal yang perlu dan membantah perkara yang perlu. Sebahagian buku yang parti saudara baca juga dari ulama-ulama kerajaan Abbasiyyah.

Jika saudara menyatakan parti saudara hidup atas prinsip Islam berpegang pada janji, mungkin saudara boleh semak semula. Selain dari apa yang saya sebutkan di atas, tidakkah pemimpin parti saudara juga yang pernah cuba menjustifikasikan perlanggaran janji politik dengan membuat satu kenyataan yang menghina Nabi SAW bahawa "Nabi pun pernah tak tunai janji". Mungkin kemudian dia bertaubat, saya harap begitu.

Saudara, semoga Allah membimbing kita semua. Berdoalah agar kita dipimpin oleh ilmu dan bukan emosi yang tidak stabil. Fahami sesuatu dari kerangka yang luas dan ilmiah sebelum saudara membuat kesimpulan. Saya doakan saya menjadi anak muda yang baik dan bermanfaat untuk negara.


MAZA
Prof. Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


MR :  Harap geng IKRAM/AMANAH kembali semuja ke perjuangan Islam yang asal.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


36 ulasan:

  1. Penerangan dan jawapan Dr Maza yang terbaik dan mantap dari aspek Islam, logik dan peraturan negara.

    Malangnya sebilangan pemimpin munafik liberal dan pemimpin kafir harbi dan barua ternakan mereka meroyan histeria kerana gila kuasa dan hidup dalam alam khayalan syok sendiri sehinggakan mereka sanggup menolak ajaran Islam, logik , fakta dan peraturan negara untuk mendapatkan kuasa.

    Sesungguhnya mereka adalah keldai yang pekak, buta dan dungu yang ditunggang oleh pemimpin kafir harbi roket.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Menyamakan strategi politik yang rumit dan kompleks dengan strategi permainan bolasepak adalah ulasan naif syok sendiri.

      Padam
  3. Balasan
    1. Lidah Pakatan Hancing pimpinan DA-Pigs tidak bertulang telah menjanjikan pelbagai janji palsu untuk rakyat. Akhirnya Pakatan Hancing berkuasa dan semua janji ke laut dan rakyat hanya mampu menelan kayak sendiri.

      Apabila Pakatan Hancing terguling baham tanah, barua Dan pemimpin Pakatan Hancing meroyan histeria.

      Padam
    2. Pembetulan:

      rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja.

      Padam
  4. Kita bukan pertikai pengadil jika dia dah buat keputusan jaringan secara off side dikira .... yang kita pertikaikan jaringan gol oleh pemain off side itu .... curi ayam kata orang utara ... tak elokkan dengar perkataan curi tu .... apa yang ditunjukkan kepada pengadil ialah tak ada off side dalam off side ... tidak mencuri dalam curi ayam .... kita tak bantah keputusan pengadil... yang kita bantah peranan player seperti jemin sempirit dan paklong din yang bijak menyembunyikan keadaan sebenar yang mereka itu pencuri ayam tetapi seolah olah tidak berlaku curi ayam di depan pengadil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fakta yang jelas ialah pasukan PH tewas kerana kalangan pemain berkelahi untuk melantik ketua pasukan di saat perlawanan sedang berlangsung,bila diasak oleh pemain lawan,situasi kedudukan seri menjadikan keadaan semakin kelam kabut yang akhirnya dalam saat genting itu, ada pemain PH menyepak bola dalam gawang sendiri. Pengadil pula mengesahkan jaringan. Tiada isu pemain curi ayam dan sebagainya tetapi ia berpunca dari kesilapan pemain pasukan PH sendiri yang bertelingkah dan memprotes ketua pasukan

      Padam
    2. Perumpamaan yang tepat dan mudah untuk di fahami. Tapi saya yakin puak ni bukannya tak faham, mereka sengaja memutar fakta agar rakyat keliru. Jadi senanglah mereka buat kerja memperbodohkan dan menyucuk hidung agar senang mereka menunggangnya. Pedulikan mereka. Teruskan perjuangan. Tegakkan Islam. Insyaallah mereka takkan berjaya. Ingatlah janji Allah adalah benar.

      Padam
    3. kias fansuri ��

      Padam
    4. Saudara memang tepat bila membuat analogi pertikaian pengadil tu.. bijak... Dr Maza cuba lari dari punca pertikaian.. dan tidak mahu mengulas kesalahan pemain itu melakukan offside.. dia cuma bgtahu keputusan adalah muktamad.. begitulah segelintir orang agama yg cuba lari dari persoalan bila jawapan persoalan tu tidak memihak kepadanya..

      Padam
  5. Terbaik Dr maza penerangan yang jelas.

    BalasPadam
  6. Kita anggap jemin semperit dan paklong din adalah satu team baru dan mereka sedang menentang team lama mereka sendiri kerana mereka gilakan kemenangan untuk merebut kejuaraan (kuasa) ..... mereka telah berkomplot untuk menipu pengadil dengan cara halus kerana mereka tahu permainan team Tun M sangat berstrategi dan mempunyai barisan pertahanan yang kental .... mereka pura pura buat kelam kabut di tengah padang tetapi membiarkan pak long din melepasi benteng pertahanan ketika bola masih di bulatan tengah ... sepakan ajaib jemin semperit betul betul jatuh atas kepala paklong din ...dengan mudah pak long din menipu penjaga gol... seluruh anggota badan melayang ke kanan dan bola ditanduknya ke sebelah kiri ketika dia berada dalam keadaan off side ..... ketika itu pengadil sedang beri perhatian kepada jemin semperit yang pura pura sakit kaki akibat tendangan ajaibnya tadi .... jemin semperit akhirnya dapat hadiah fuskas

    BalasPadam
  7. Klu kemenangan berpihak pd ph mesti lagunya tak sama mcm skrg..#rakyakdahmuak

    BalasPadam
  8. PH dah menang dengan mendapat sorakan rakyat tetapi disebabkan nak jadi juara (dapat kuasa) ada yang boleh main ala kaki bangku dalam team PH tetapi lincah dalam bab menipu telah keluar dan tidak menyokong team sendiri lagi .... lalu dibuat team baru ..... akhirnya jaringan yang dihasilkan tidak dapat tepukan rakyat bahkan yang dapat ialah sumpah seranah rakyat .... jika tiada pengkhianat tak adalah kalau kalau lagi (PH memang dah menang apa lagi nak berkalau kalau pula ..... memang PH dah menang melalui PRU) .... bukan secara 1 Malaysia Ditikam Belakang (1MDB) ... curi ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. PeeH telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu untuk memenangi PRU dan memerintah negara maka ini bukan kemenangan PeeH dalam erti kata sebenar tetapi penipuan PeeH berskala besar ke atas rakyat.

      Islam menegaskan penipu tidak layak menjadi pemimpin dan pemerintah negara kerana menipu, berdusta, mungkir janji dan memecah amanah rakyat adalah ciri-ciri munafik. Begitu juga penyokong-penyokong dan barua PeeH.

      Oleh sebab itu wajarlah rakyat melalui wakil rakyat mereka menggulingkan PeeH dan menubuhkan kerajaan baharu untuk menyelamatkan rakyat Dan negara dari kerakusan nafsu serakah PeeH.

      Padam
    2. Sekarang hang dah dapat kerajaan Paling Ngok (PN) .... apa yang depa boleh bagi kat hang .... semua merudum jatuh ... us pun tak nak kasi balik duit 1 Malaysia Ditikam Belakang (1MDB) kerana mereka tak yakin dengan kerajaan yang tak kencing hang ni

      Padam
    3. Waa.... hebat pH. X apa , kita jumpa flm pru 15. Huum.. pk pun asyik kalah..

      Padam
    4. Komposisi pengundi sekarang melayu melebihi bangsa asing .... melayu haprak memang bijak main isu isu perkauman .... sebaik sahaja Ph menerajui kerajaan dalam senyap senyap melayu mainkan isu perkauman terutama di dalam nasjid surau ... bahkan ada pemimpin yang mereka gelar sebagai ulamak telah memfitnah kerajaan PH melalui surat yang ditulisnya sendiri kepada pemimpin pemimpin arab ... apakah tujuan niat jahatnya itu .... sememangnya dijangka di kawasan majoriti melayu sukar untuk parti bukan melayu nak menang.... itu lah yang terjadi dalam PRK sebelum ini dan ia akan berterusan dalam PRU 15 .... tetapi di parlimen dan dun yang terdapat pembangunan ... pusat pengajian...industri dan kawasan bandar besar tak usah mimpilah parti berasaskan perkauman sempit melayu nak menang ... di kawasan ini pengundi melayu pun tak akan pangkah mereka sebab mereka lebih cerdik daripada melayu luar bandar seperti di kelantan, kedah, terengganu, perlis dan pahang ... sampai kiamat pun mereka takkan menang di bandar bandar utama, pulau pinang, selangor dan wilayah persekutuan nanti

      Padam
    5. Bila melayu undi melayu di kawasan melayu hang kata melayu rasis,bila cina undi cina di kawasan cina atau india undi india di kawasan india hang tak pula kata cina atau india rasis. Hang kata ulamak fitnah PH melalui surat,cuba kasi tahu bab ayat mana satu yang hang kata fitnah, mahkamah mana yang sahkan itu fitnah,yang puak hang jaja fitnah dan maki hamun lebai pas macam macam takpe pula. Kemenangan PH dalam pru 14 pun kerana fitnah korang juga. Sekarang fitnah korang perlu di lawan dengan senjata fitnah juga,barulah adil dan cerdik namanya

      Padam
    6. Debeknyo argument mat nih..

      Padam
    7. Ambo maksudkan mat yg kononnya melayu bandar tu...ore klate rasis sgt ko?

      Padam
    8. Hoi barua Pakatan Hancing cukup-cukuplah kamu menfitnah kerajaan PN.

      Kamu sembang lebat babi ternakan gian end pun boleh terbang tetapi akhirnya habuk pun tarak.

      Mana semua janji Pakatan Hancing ? Nampaknya pelbagai janji Pakatan Hancing telah ke laut. Dasar pakatan munafiqun.

      Padam
  9. Mangkuk ni suka cari publisiti...lalang...wahabi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah barua pandap meroyan histeria. Barua tak cukup dedak cap roketkah ? Sila beratur di banglo terlajak diskaun untuk menerima dedak cap roket.

      Ha ha ha ha ha ha ha

      Padam
  10. Kesian juga aku kat ahli lembaga pengarah YADIM ni,.yalaa lantikan politik bila partinya kalah bermakna hilanglah jawatan tu..tapi tk rasa malu ke .,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoiii mangkok bila kalah .... bila pru 15 di buat... meroyan ka

      Padam
    2. Peehancingkuciwa kalah sebab cakarmencakar sesama sendiri, cobaan nuarbrutus aljub* berasa kitsial dan matsyabu yg coba melanyak TunM the legend telah membawa padah bila TunM the legend bertindak membuat jelingan berbisa yg merebahkan segala geng2 pengkhianat yg cuba tunjuk ganster dan samseng sehingga merangkak melutut pada TunM the legend.
      Tapi TunM the legend tidak memaafkan golongan busukhati dan khianat ini.
      Lebih sadis lagi TunM the legend telah mengenegahkan TsMoyiddin sebagai penggantinya dan Moyiddin terus mengenepikan golongan peeHancing dari kabinetnya, maka bertambah terKuciwalah sekelian geng2 mabok kuasa dari PakatanTiga.
      Kekalahan ini adalah kekalahan paling sadis yg terhempap keatas pakatanharaporn aka pakatantigakuciwa yg telah menyebabkan mereka meroyan gila sakan.

      Padam
    3. Pemimpin liberal Mata satu hanya mampu menangis tidak berlagu. Padan muka boneka gian end.

      Padam
  11. Kalau hendak meludah ada sopannya jika kita membongkok ke bawah bukannya mendongak ke langit yg mana ludah sendiri akan terpercik ke muka sendiri.. kalau belajar di 10 Universiti Tinggi sekali pun walau bergeliga otak sekali pun jika otak kita diletak diatas kepala lutut maka terserlahlah kebodohan kita sendiri dan itulah puncanya segala ilmu yg dinyatakan dalam AlQuran untuk dijadikan rujukan dan pedoman dipesongkan dati maksud sebenar yg diajar olih Rasulullah SAW.. jadilah cendiakawan seperti Mufti Perlis YB Dato Asri untuk menjadi sebagai seorang pemimpin yg dihormati yg berilmu yg bolih dijadikan tempat mendapat panduan atas segala tindakan dan keputusan kita..banyakkan muhasabah diri dan jgn terlalu asyik menuding jari terhadap orang lain sedangkan diri sendiri jauh terpesong dari ajaran agama .. apa yg MAZA dan Dato Sri jelaskan itu blh kita jadikan panduan dan pengajaran utk berjaya sebagai pemimpin..ulasan ini saya tujukan khas kpd semua politikus malaysia..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa puak Pakatan Hancing suka meludah kahak ke langit ? Malangnya kahak tidak sampai ke langit. Bahkan kahak hinggap di muka puak Pakatan Hancing sendiri. Padan muka.

      Ha ha ha ha ha ha

      Padam
    2. Kedoktoran maza ni hanya laku di pereleh saja.... cuba suruh dia apply mufti kat johor ka ...kat selangor ka ... kat pahang ka .... silap silap interview pun tak panggil ... menteri agama pun orang tak berani nak bagi kat dia... paklong din pilih mufti yes man kerana dia slow dan tak cakap banyak .....inilah bahana kena fitnah ... dulu PASBARUAUMNOlah yang wahabikan dia dan sanggup upah ahli bakar kereta tok mufti pereleh ni ... tapi disebabkan takut mati muda ... dia pun kawtim balik dengan PASBARUAUMNO

      Padam
    3. Allah..kesiannya. Rupanya mcm ni tahap MAHACAI. Ulang benda fitnah yg direka sendiri. Last2 kantoi. Tp ulang lagi. Nak buat mcmana.takde modal. Dulupun duk cari MAZA jugok utk halalkan perbuatan mereka. Kesian.

      Padam
  12. HAKIKAT WARGANEGARA KAFIR

    JIKA ISLAM MAJORITI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PASTI KAFIR BERSIKAP ZIMMI.
    JIKA ISLAM MINORITI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PASTI KAFIR BERSIKAP HARBI.

    BalasPadam
  13. Tak perlu kita sumpah seranah.Realitinya sejak PH merintah, mudah dan senang persenda Islam,Rasulullah dan macam2 tanpa kawalan. Ramai yang islam dalam PH membisu sejuta bahasa.Dalam masa yang sama apabila sentuh sahaja DAP, cepat-cepat cuba pertahankan. Promok benci kupulan alim,lebai dan golongan agama.
    Tidak perlu cakap pintu mana berkuasa jika kuasa yang dipegang ke arah maksiat dan mungkar kepada Allah.PH telah membuktikan selama 22 bulan, banyak merugikan Islam di Malaysia.Tun PM tapi DAP menguasai banyak perkara.Contoh mudah KKM larang merokok di tempat awam,exco Selangor kata boleh minum arak di tempat terbuka.Itu contoh kecil kita tidak mampu nak cegah apabila bukan Islam kuasai pemerintahan

    BalasPadam
  14. Kasihkan DAP,bencikan ulamak
    Mati nanti jangan cari geng lebai dan ulamak
    Cari geng DAP untuk urus jenazah
    Jangan masa hidup benci ulamak,masa benci mintak ulamak.Bodoh tu simpan untuk anak cucu

    BalasPadam