Header Ads

ads header

Flash News

Guru, staf PPD Tawau terlibat program sekolah diarah buat saringan Covid-19


TAWAU: Pejabat Kesihatan Tawau mengarahkan semua guru dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau yang terlibat dalam Majlis Mahrajan al-Quran Sekolah Sekolah (MQSS) pada 10 dan 11 Mac lalu, untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Pegawainya, Dr G Navindran berkata gesaan itu berikutan seorang guru yang berada di MQSS berkenaan disahkan positif Covid-19.

“Surat kepada PPD Tawau dikeluarkan sejak semalam agar semua yang terlibat pada majlis itu tampil menjalani ujian pengesahan Covid-19.

“Dipercayai 76 individu terlibat dan perlu menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Tawau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pegawai PPD Tawau, Zamri Pehakan berkata semua individu terlibat dalam MQSS itu sudah dimaklumkan mengenai arahan tersebut.

MR :  Ada juga cikgu dan PPD degil!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Itu kn seblum PKP dilaksanakn. Jgn cpt salahkn guru dn PPD

    BalasPadam
  2. Degil apanya tuan MR, bukan ke 10 - 11 Mac belum PKP lagi

    BalasPadam