Hadiah kasih sayang..
Air mata rasa bahagia. Syukur hanya kepada Allah setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa tak perlu bayar. Saya insyaAllah bayar selagi ada hayat. Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah. Hanya setitik usaha saya ini mudah-mudahan menjadi asbab kebaikan buat semua.
Ujian mereka dan ujian kita. Kita sebuah keluarga. Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita. Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka.
Terima kasih dengan bantuan kejiranan baru yang baik tadi. Mereka beramai bawa mesin rumput. Bawa katil. Kami bincang aturkan anak sekolah. Aturkan rawatan kesihatan pak ak dan isteri yang perlu rawatan mingguan. Ada guru mengaji. Kelas di surau selepas PKP. Terima kasih penduduk taman dan jiran baru yang sangat positif dan membantu. Terima kasih ye. Tanpa tuan puan saya tak mampu buat apa-apa pun. Tadi dapat bantu anak-anak ini sama-sama dengan team gotong royong. Best didik macam keluarga sendiri.
Doakan dah selesai semua di utara. Terima kasih tuan puan semua yang selalu mendoakan. Hanya Allah dapat balas kebaikan semua. Selamat berpuasa ya dan semoga ramadan ini menjadikan kita semakin hampir pada-Nya. Ya Allah rindu padaMu ya Allah.
FB
Ebit Lew
MR : Saya dapat beri hadiah kasih sayang.. Hadiah kasih sayang amat sukar.. Anak dan ayah pun sukar nak laksana. Suatu hadiah sangat besar.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
😭😭😭😭😭
BalasPadam