Header Ads

ads header

Flash News

'Indonesia tidak lapor semua kes kematian koronavirus'


Lebih 2,200 rakyat Indonesia yang mati akibat gejala akut Covid-19 tidak dicatatkan sebagai mangsa penyakit itu, menurut tinjauan Reuters ke atas data dari 16 daripada 34 wilayah di negara itu.

Menurut tiga pakar perubatan, angka kematian di seluruh negara berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada angka rasmi sebanyak hanya 765 orang.

Indonesia adalah antara negara yang kadar pengujiannya adalah terendah di dunia dan beberapa pakar epidemiologi berkata, ini menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai sejauh mana jangkitan di negara keempat terpadat di dunia itu.

Data terkini dari 16 wilayah menunjukkan terdapat 2,212 kematian pesakit yang mencurigakan kerana mereka mempunyai gejala akut koronavirus.



Kementerian kesihatan Indonesia menggunakan singkatan PDP untuk mengklasifikasikan pesakit berkenaan memandangkan tidak ada penjelasan klinikal lain untuk gejala tersebut.

Data berkenaan dikumpulkan oleh agensi wilayah setiap hari atau mingguan berdasarkan angka yang diberikan oleh hospital, klinik dan pegawai yang mengawasi pengebumian. Ia diperolehi oleh Reuters dengan memeriksa laman web, perbualan dengan pegawai wilayah dan meninjau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah 2,221 kematian itu adalah tambahan kepada 693 mangsa yang telah terbukti positif Covid-19 di wilayah-wilayah berkenaan dan secara rasmi dicatat sebagai mangsa penyakit tersebut.



16 wilayah itu pula merangkumi lebih daripada tiga perempat daripada 260 juta penduduk di Indonesia.

- Reuters



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Penduduk Indonesia paling ramai Islam tapi masih ramai terbawa dengan sikap dan budaya musyrik, contoh kecil menipu, memutar belit dan sebagainya kerana terpesona dengan budaya musyrikin dan kafir yang megahkan duniawi atas akhirat juga dicampur aduk dengan fahaman kejawen, pancasila dan sebagainya yang susah dijelaskan kepada umum atau senang di salah tafsirkan maka timbul lah gejala rakyat dan pemimpin yang kabur wawasan.

    BalasPadam