Header Ads

ads header

Flash News

Isu Rohingya ‘dibakar’ untuk ‘padam’ isu MyKad?


ADA ISU besar pelancong China dapat MyKad, ada yang memohon kerakyatan puluh ribu orang. Ada juga isu ratus ribu orang China masuk sebagai pelancong tapi tak balik-balik, hilang! Bukan seorang dua tapi ratusan ribu. Pasal apa orang kita yang garang-garang sehari dua ini diam saja?

Tapi dengan pelarian Islam yang lemah, miskin, kotor, buta huruf dan tak ada pelindung; dilondeh segala keburukan, dikorek segala cerita lama, dihina, dikutuk, disebar kebencian dan dihalau. Nak pergi ke mana depa (mereka) itu semua kalau dihalau? Bro! Penghuni Bukit Malut Langkawi itu bukan Rohingya, mereka orang Melayu Burma Pulau Dua. Tak ada sangkut paut dengan Rohingya.

Apa jenis tamadun kita ini? Hilang lenyap segala sifat kemanusiaan berganti kebencian meluap-luap, sesetengahnya terikut-ikut tanpa sebab. Sehelai bulu roma pun tak pernah luruh angkara orang Rohingya, tapi dia punya maki hamun macam habis sudah harta benda dia kena rampas.

Bab cadangan dulu-dulu itu (kerakyatan sementara tahun 2017) hanya cadangan saja. Masa itu genocide sedang memuncak, orang sedang dibunuh, anak-anak dibakar api yang marak memakan rumah, wanita dirogol, lelaki dipenggal kepala, dipotong kaki tangan, ditembak, dibom! Yang hidup dihambat keluar dari tanah sendiri. Lari berhari-hari ke rimba dan sungai mencari tempat selamat.

Cadangan itu Kerajaan yang perlu pertimbang, dan buat keputusan. Sudah ada keputusan pun! Ia tidak dipertimbang dan tidak boleh dilaksanakan.

Tidak semudah itu negara hendak berdepan dengan isu kerakyatan walaupun sementara saja. Bukan netizen yang kena buat keputusan, tidak ada seorang pun peduli dengan cadangan itu. Ia hilang, sudah berlalu, jadi bahan sejarah. Kenapa dibangkitkan semula sekarang ini kalau tidak dengan niat dan maksud yang buruk?

Bab yang dikatakan tuntutan baru mahukan kerakyatan dan hak sama rata kepada mereka itu, surat palsu! Surat itu tidak betul, yang disebar itu fitnah saja. Individu yang dikatakan membuat surat itu pun sudah menafikan, komuniti mereka pun menafikan bahawa individu itu mewakili mereka. Mereka pun tak kenal dia itu siapa. Siapa lantik, siapa pilih? Kita berperang siang malam atas kenyataan palsu dari orang yang tidak dikenali, kenapa?

Yang diakui benar hanya permintaan untuk bekerja, dilindungi insuran ketika bekerja, kos rawatan klinik dikurangkan dan tidak ditangkap kerana bekerja. Ini permintaan biasa saja, untuk hidup kena kerja beli beras.

Jadi, tuntutan hak itu ini yang di viral itu palsu saja, kita bising maki hamun satu Malaya. Wajarkah kita beremosi atas benda palsu dan tak berasas?

Walaupun palsu, atas rasa tanggungjawab meredakan keadaan, mereka memohon maaf dari segala penjuru, atas individu dan perkumpulan mereka, bersurat dan bersuara. Keras sangat hati kita untuk menerima permohonan maaf mereka, kenapa?

Agenda RBA DAP untuk melagakan orang Islam kita telan bulat-bulat, agenda intelligent Myanmar untuk mewajarkan genocide ke atas Rohingya kita sambut berbunga-bunga, meluap-luap tanpa sedar.

Kerja sembunyikan projek bawa masuk kaum kerabat mereka dari China dan India sunyi sepi tidak ada siapa peduli. Sekitar 6.7 juta pendatang asing lain tidak tersentuh sama sekali.

Kita pukul borong semua yang berwajah seperti keling Benggali itu Rohingya belaka. Semua biadab dan pengotor orang berwajah keling Benggali itu adalah onar jahat Rohingya.

Myanmar Buddist (Moon, Shan, Karen), Myanmar Muslim, Bangla, Pathan, India, Tamil, Nepal, Sri Langka yang sah dan PATI semuanya Rohingya! Semua kedurjanaan di Pasar Selayang dilonggok atas kepala Rohingya, sedangkan tidak ada satu kedai pun milik mereka.

Ada seorang dua menjadi buruh di situ, tapi seluruh huduh Selayang itu dikatakan mereka punya angkara. TV3 pun tumpang sekaki melakar propaganda. Sejak bila TV3 dan MalaysiaKini tidak boleh dijual beli?

Adakah kita ini bangsa yang berani tunjuk hebat dengan orang lemah saja? Sejak bila kita rela jadi badut sarkas orang lain?

Kamu tahu atau tidak ada ratusan ribu warga China dan India sedang bersembunyi di negara ini, sebahagian mereka telah mendapat MyKad. Baru 6 orang dapat ditangkap dan didakwa, selebihnya lepas bebas.

Kamu tahu atau tidak warga China dan Hong Kong yang kuat dan kaya memiliki hartanah lebih RM8 bilion di sini. Mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.

Kamu sedar tidak ada 4 juta orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari serata dunia sedang berada di sini, tanpa kebenaran?

Selain PATI, ada lagi 2.7 juta pekerja asing sah dari serata dunia sedang bekerja di sini. Semua warga asing itu datang mencari makan, menyedut hasil kita menghantar pulang berbilion Ringgit setiap bulan. Sebahagian mereka ada di Selayang!

Ada ‘orang dalam’ dan orang asing sedang tersenyum dengan gelagat kita. Mereka punya kerja senang dapat untung besar, kita hanya puaskan diri sendiri. Tidakkah ini menghairankan?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengerusi PASRelief

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Artikel terbaik dan mantap kerana penulis berani mendedahkan dan menegakkan kebenaran untuk menghapuskan fitnah terhadap pelarian Rohingya Islam yang dicipta oleh puak rasis dan puak poyo tahap gaban.

    BalasPadam
  2. 1.3 juta MyKad telah dilaporkan 'hilang' dll. Maka terdapat kemungkinan MyKad ini telah jatuh ke tangan beratus ribu pendatang haram dari China Komunis dan India dll yang menyebabkan mereka boleh menetap secara haram dengan selesa di Msia. Siapakah dalang mereka dan siapakah yang sedang melindungi mereka di Msia ?

    Mengapa puak rasis dan puak poyo tahap gaban sibuk mencipta pelbagai dakwaan karut marut dan fitnah untuk memburuk-burukkan pelarian Rohingya yang beragama tetapi mereka berdiam diri seperti syaitan bisu terhadap beratus ribu pendatang asing kafir yang menetap secara haram di Msia ???

    Oleh sebab itu, sebelum nasi menjadi bubur, sudah tiba masanya kerajaan Msia perlu bertindak segera:

    (1) menukar kad pengenalan sekarang kepada kad pengenalan baharu untuk mengenalpasti pendatang haram dari China Komunis dan India dll.

    (2) menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pendatang haram dari China Komunis, India dll dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka, dalang dan orang yang melindungi mereka dan orang yang bersubahat dengan mereka.

    Ini contoh berita tentang pendatang haram dari China Komunis dan India dll yang menetap secara haram di negara Kita:

    SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.

    Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

    "Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

    BalasPadam
  3. Laman FB ‘Bersatu’ didakwa fitnah duta Malaysia wakili badan Rohingya di UK
    FMT Reporters -April 27, 2020 12:30 PM

    BalasPadam