Header Ads

ads header

Flash News

Jadi jutawan 'jual' saudara sebangsa


BUTTERWORTH: Segelintir etnik Rohingya sengaja mengambil kesempatan ‘menjual’ bangsa sendiri demi keuntungan dunia walaupun menyedari kedaifan dan kesengsaraan rakan senegara di Myanmar mahupun kem pelarian di Bangladesh.

Malah, ada dalam kalangan mereka sudah bergelar jutawan hasil memeras ugut saudara sebangsa dan seagama itu.

Kadar upah atau caj untuk menyeludup mereka ini di Malaysia juga bukan murah iaitu antara RM8,000 dan RM16,000 seorang.

Alasan caj dikenakan mahal kerana mereka ini akan diseludup menggunakan kapal dagang dan bukan lagi bot nelayan seperti sebelumnya.

Ketua sindiket penyeludupan migran terbesar warga Thailand Na Yok Thong @ Tong yang kini sudah ditahan pihak berkuasa negara itu dilapor pernah mengaut keuntungan sekitar RM30 juta selama tiga tahun mengendalikan kegiatan haram berkenaan.

Kini, saki-baki ahli kumpulan Tong kembali mengaktifkan kegiatan haram itu susulan pengumuman kerajaan Bangladesh yang mahu menghantar pulang etnik Rohingya ke Myanmar.

Mendedahkan perkara itu, seorang lelaki Rohingya mahu dikenali sebagai Ghulam, 40, berkata terdapat sekurang- kurangnya 20 rakan senegaranya menjadi ejen kepada sindiket penyeludupan migran.

“Mereka menjadi tali barut kepada warga Thailand yang mendalangi kegiatan ini.

“Kenakan caj antara RM8,000 dan RM16,000 setiap individu yang mahu datang ke Malaysia,” katanya ketika pertemuan di satu lokasi rahsia sekitar negeri ini.

Menjelaskan lanjut, Ghulam berkata, terdapat sekurang-kurangnya dua pendaratan dilakukan sejak Disember tahun lalu.

“Sindiket kini menggunakan kapal dagang untuk membawa etnik Rohingya ke Malaysia. Kapal apa saya tidak tahu, maklumat diterima ia setinggi tiga tingkat.

GHULAM

“Semuanya bermula di Cox’s Bazar (Bangladesh) yang mana sindiket akan kumpulkan sesiapa sahaja yang mahu ke Malaysia menggunakan sampan kecil di sungai-sungai.

“Mereka kemudian akan dipindahkan ke kapal dagang yang berlabuh sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kapal dagang itu akan belayar selama lapan hingga 10 hari untuk tiba di perairan antarabangsa tidak jauh dari Malaysia.

“Apabila keadaan selamat, sindiket akan menggunakan bot nelayan ataupun bot pemancing untuk membawa masuk pelarian Rohingya ke Malaysia. Laluan laut sering digunakan untuk pendaratan dilakukan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis,” katanya.

Katanya, operasi pemindahan dari kapal dagang ke daratan sering dilakukan pada lewat malam.

Ghulam berkata, kapal dagang digunakan sindiket itu pula mampu memuatkan sehingga 300 pelarian pada satu masa.

“Pelarian-pelarian ini mempunyai ejen tersendiri. Contohnya 300 orang atas kapal dagang itu. Setiap ejen menguruskan 20 hingga 30 pelarian.

“Ejen ini terdiri daripada etnik Rohingya sendiri. Mereka akan menguruskan penempatan dan pembayaran wang sebelum ia diserahkan kepada ketua sindiket,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima daripada ahli keluarganya di kem pelarian di Cox’s Bazar, sindiket sudah menghubungi setiap ahli keluarga mendakwa kapal dagang itu sudah tiba di Malaysia.

LALUAN laut sering digunakan sindiket untuk pendaratan PATI.

“Namun, sehingga kini sindiket masih belum membenarkan pelarian atas kapal untuk bercakap dengan ahli keluarga mereka.

“Pada masa sama sindiket mengarahkan setiap keluarga (di kem pelarian) untuk menyediakan wang yang cukup untuk proses penyerahan pelarian (atas kapal) kepada rakan atau ahli keluarga mereka di Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kaedah pembayaran, Ghulam berkata, dua cara proses berkenaan boleh dilakukan.

“Sindiket akan arah keluarga di kem pelarian membayar kepada ejen mereka di sana.

“Kedua, ahli keluarga atau rakan di Malaysia membayar kepada ejen sebaik proses penyerahan dilakukan. Namun, dalam pengetahuan saya, sindiket lebih gemar menggunakan kaedah pertama,” katanya.

Sementara itu, sumber keselamatan ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan saki baki ahli sindiket yang pernah benaung bawah organisasi Tong cuba mengaktifkan kembali kegiatan penyeludupan.



#sumber




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Minta moderator ban Florencia Ang dgn kadar segera kerana mempromosikan perkara yang haram.

    BalasPadam
  2. Kita umat Islam wajib menolong pelarian Rohingya Islam kerana mereka adalah saudara Islam kita yang sedang dirompak, ditindas, disiksa, dirogol, dibunuh oleh pengganas Buddha Myanmar dan rejim ultra rasis Myanmar.

    https://peraktoday.com.my/2020/04/pemimpin-pas-pertahan-pelarian-rohingya-daripada-kecaman-rakyat/amp/

    BalasPadam