Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan menghantar pelajar pulang ke kampung dibuat esok


CYBERJAYA –
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.

Menurut Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, langkah itu diambil susulan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perkara ini akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai Covid-19 esok pagi.

“Sebaiknya, saya mahu anak-anak pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Perdana Menteri menerusi perutusa khas beliau petang tadi telah mengumumkan tempoh PKD dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan mengutus surat terbuka kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan keputusan untuk menghantar pulang penuntut yang masih berada di kampus dan kawasan sekitarnya pulang. -MT

MR :  Hantar balik dengan keadah saringan yang baik...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Dicadabgkn pljr2 d hntr pulang oleh bas2 universiti atau d jmput oleh ibibapa yg brkmmpuan spya merekactdk brkmpul d stesen bas atau pngnkutan awam..

    BalasPadam
  2. Dengarlah nasihat Ketua Pengarah Kesihatan.

    BalasPadam