Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu


Di saat dunia sedang getir dengan pandemik COVID-19, negara India nampaknya masih lagi mengamalkan dasar diskriminasi agama dengan mengasingkan pesakit positif COVID-19 mengikut agama yang terdiri daripada penganut Muslim dan Hindu.

Situasi melibatkan diskriminasi agama ini berlaku di sebuah hospital kerajaan di Gujarat, India. Meskipun ramai yang tertanya-tanya dengan tujuan pengasingan ini dibuat, difahamkan arahan untuk mengasingkan pesakit mengikut agama ini dibuat selepas menerima arahan daripada pihak kerajaan India.

  
Dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan lanjut, pihak Al Jazeera telah berhubung dengan Jayanti Ravi selaku wakil pihak kesihatan Gujarat. Respon yang diterima nyata mengecewakan dimana pihak mereka tidak memberi sebarang jawapan mengenai tujuan utama pengasingan wad mengikut agama ini dibuat oleh kerajaan India.

Walau bagaimanapun, dikatakan para pesakit tidak mengira agama telah diberi rawatan yang baik dalam memastikan negara ini segera pulih daripada wabak COVID-19.


Sumber: RFI

Sumber: Al Jazeera
Menurut para doktor yang bertugas di hospital ini, salah satu punca pengasingan wad buat pesakit Hindu dan Muslim ini dibuat adalah disebabkan sejumlah besar pesakit yang menganut agama Hindu kurang selesa dengan perkongsian wad bersama pesakit Muslim sekaligus pengasingan dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Untuk pengetahuan, World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 mengikut agama. Diharapkan isu melibatkan agama ini tidak menjadi penghalang buat warga India mendapat rawatan kesihatan terbaik untuk pulih daripada wabak COVID-19.



MR :  India hindu di sini lebih dan macam tuan rumah..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Rejim Pelampau Hindu di India adalah kepala bapak rasis yang bersikap anti-Islam. Pemimpin-pemimpin rejim inilah yang bertanggung-jawab mencetuskan pelbagairusuhan kaum yang sangat buruk di India dengan menghasut rakyat Hindu menyerang, merogol, menyiksa dan membunuh umat Islam dan membakar rumah dan kedai umat Islam dan memusnahkan masjid.

    Maka Kita tidak terkejut melihat rejim Hindu ini menfitnah dan memburuk-burukkan dan mahu menangkap Dr Zakir Naik supaya rejim Hindu boleh menutup mulut Dr Zakir Naik dan menghalang pelbagai program dakwah Islam Dr Zakir.

    Malangnya terdapat pemyokong-penyokong rejim Hindu tersebut di Malaysia yang mendesak kerajaan Msia menyerahkan Dr Zakir Naik kepada rejim Hindu. Maka Kita wajar mempertikai kesetiaan mereka kepada negara Msia kerana mereka berfungsi sebagai barua rejim Hindu.

    BalasPadam
  2. Itu tak pelik ada orang Melayu Islam dlm PH dulu kata Zakir naik harus dihantar ke India..Ini lah pemimpin PH dan barua DAP kafir Islam dihina dan dibunuh oleh kafir Hindu dan kafir Buddha mereka menyokong usaha kafir Hindu yang mau Zakir dibunuh dgn cara diusir keindia..kepada pemimpin PH yg Melayu dan kata Islam yg tunduk kpd arah kafir ini moga manusia seperti kamu pemimpin PH yg Melayu dan Islam baik kamu mampus drp malukan Islam..moga Allah matikan kamu dlm kehinaan kerana tidak mahu berkerja utama agama Allah SWT malah pimpinan PH ini pencacai kpd orang kafir DAP dan Hindu utk hina Islam .. Malangnya Melayu Islam kerana seorang munafiq tua dan peliwat tegar macai PH jadi buta hati dan tolol dan bahalul tanggungjawab mati kamu terhadap mempertahan Islam kamu jual kpd orang kafir DAP dan Hindu istrm.

    BalasPadam