Header Ads

ads header

Flash News

Kes Covid-19 di Singapura lepasi 8,000


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan penambahan 1,426 kes jangkitan Covid-19, kenaikan tertinggi dalam sehari, kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing di asrama.

Pihak berkuasa berjaya mengurangkan penularan virus dan penyakit Covid-19 dalam kalangan warga Singapura dengan giat mengesan kontak dan pengawasan ketat, dan mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Tetapi penyakit itu merebak dengan cepat dalam kalangan komuniti pekerja asing, menonjolkan apa yang menurut kumpulan hak asasi manusia kelemahan dalam usaha kawalan.

Pihak berkuasa meningkatkan ujian penyakit itu di asrama-asrama pekerja.

Dalam kes baru itu, 16 kes warga Singapura atau pemastautin tetap. Jumlah kes di negara pulau itu adalah 8,014, dengan 11 kematian.

Singapura mencatatkan bilangan kes penyakit itu yang tertinggi di Asia Tenggara, menurut data rasmi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan