Header Ads

Header ADS

Khabar angin kematian Jong Un semakin kencang


SEOUL, Ahad – Khabar angin mengenai kesihatan Kim Jong Un semakin meningkat hari ini apabila media Asia mendakwa bahawa pemimpin Korea Utara itu telah meninggal dunia atau ketika ini sedang ‘sakit parah’.

Timbalan Pengarah Televisyen Satelit Hong Kong (HKSTV), Shijian Xingzou mendakwa, dirinya mempunyai ‘sumber yang sangat kukuh’ mengesahkan kematian Jong Un.

Beliau mempunyai 15 juta pengikut di media sosial China Weibo, dan juga dikatakan anak saudara kepada seorang menteri di China.

Sementara, media Jepun pula mendakwa, Jong Un telah memasuki ‘keadaan vegetatif’ selepas menjalani pembedahan jantung pada awal bulan ini.

Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat pada 11 April dalam pertemuan Parti Pekerja untuk membincangkan tentang ancaman coronavirus.

Selasa lalu, Daily NK, sebuah akhbar dalam talian yang berpusat di Korea Selatan, mendakwa pembedahan jantung dilakukan ke atas Jong Un pada 12 April menjelaskan ketidakhadiran beliau dalam perayaan ulang tahun datuk dan pengasas negara itu, Kim Il Sung pada 15 April.

Selain itu, terdapat khabar angin mendakwa beliau berada di Wonsan apabila sebuah keretapi sepanjang 250 meter dikatakan mungkin milik pemimpin Korea Utara diparkir di ‘stesen kepimpinan’ pada 21 dan 23 April lalu.

Stesen itu dikhaskan untuk kegunaan Jong Un dan sekeluarga, lapor projek pemantauan, 38 North.

Walaupun kumpulan itu mengatakan sedemikian, Reuters belum dapat mengesahkannya secara bebas, atau sama ada Jong Un berada di Wonsan.

“Kehadiran kereta api tidak membuktikan keberadaan pemimpin Korea Utara atau menunjukkan apa-apa tentang kesihatannya, tetapi memberi tekanan kepada laporan bahawa Jong Un tinggal di kawasan elit di pantai timur negara itu,” kata laporan itu.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Robert O’Brien pada Rabu mengesahkan bahawa pentadbiran Donald Trump sedang memantau laporan mengenai kesihatan Jong Un “dengan sangat teliti”.

Pegawai Korea Selatan bagaimanapun melaporkan tidak ada aktiviti luar biasa di negara jirannya, dan Trump kemudian mengatakan bahawa beliau menganggap laporan Jong Un tenat adalah “tidak betul”. – Agensi




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bo be la, duk layan pecacai murahan...anda pemimpin parti islam...kno smart, jgn bg bola tanggung kpd musuh...be bijak!!!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.