Lega.. menteri kabinet kita bekerja keras melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan
Alhamdulillah.
Rasa positif dan lega melihat bagaimana menteri kabinet kita bekerja keras melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Amanah ini tidak cukup sekadar nama / simbolik tetapi perlu dilaksanakan.
Semalam, diadakan satu sesi sidang video melibatkan pemimpin dari 2 negara sahabat, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenai #COVID19.
3 perkara jadi fokus – perangi wabak; pakej rangsangan ekonomi; dan jaminan bekalan makanan.
Malaysia diwakili oleh Menteri Luar Yb DS Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul; dan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.
UAE pula diwakili Pengerusi Bahagian Kewangan Abu Dhabi, TYT Jassim Mohammed Buatabh Al Zaabi; Pengerusi Bahagian Pembangunan Ekonomi Abu Dhabi, TYT Mohammad Ali Al Shorafa Al Hammadi; dan Pengerusi Abu Dhabi Development Holding, TYT Mohamed Hassan Al Suwaidi.
Kedua-dua pihak berkongsi pendekatan negara masing-masing dalam menangani penularan Covid-19, menambahbaik perkhidmatan kesihatan dan pengurusan krisis.
Dalam perihal ekonomi, Malaysia dan UAE bertukar pandangan bagaimana pakej rangsangan ekonomi dapat membantu memastikan sektor ekonomi mampu bertahan dalam jangka masa panjang semasa krisis ini.
Kedua-dua pihak turut senada, Kerajaan di seluruh dunia perlu saling bekerjasama demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat masing-masing.
Semoga mereka diberi kekuatan untuk berterusan bertugas untuk mengetuai kita untuk menang dalam memerangi bukan sahaja wabak Covid19 tetapi juga kesan terhadap kehidupan kita terutama nya sektor ekonomi..
Sekian.
https://www.facebook.com/72613804354/posts/10157561095399355/
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan