Header Ads

ads header

Flash News

‘Maafkan saya” Annuar Musa sebak gagal kawal emosi (Bersama Video)



KUALA LUMPUR – Perbualan yang rancak sejak bermulanya wawancara bersama wartawan MalaysiaGazette pagi tadi tiba-tiba bertukar sebak sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa ditanya tentang isu gelandangan di ibu kota.

Beliau meminta maaf dengan nada tersekat-sekat sehingga ke satu peringkat air mata Menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat gugur juga biar pun dalam tempoh sebulan ini jiwa Annuar dilihat begitu kental berhadapan dengan isu gelandangan.

Ternyata pengalamannya menyaksikan sendiri ‘penderitaan’ gelandangan memberi kesan yang bukan sedikit di hatinya apatah lagi sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa jumlah golongan itu di ibu kota mencecah 1,000 orang.


MGF11042020_OWH-MG-TAN-ANNUAR-MUSA12
Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.
“Saya mohon maaf. Maafkan saya. Ini soal kemanusian, ini isu kemanusian.

“Saya tengok gelandangan itu masalah bangsa (sambil menahan sebak). Gelandangan ini juga masalah kemanusian (menangis), bila saya jumpa mereka-mereka ini, saya dengar sendiri macam-macam. Mereka ini susah.

“Sebenarnya satu hikmah di sebalik kita menangani isu Covid-19 ini, kita juga secara tidak langsung dapat mendekati, memperhalusi golongan ini. Kita tubuhkan satu jawatankuasa khas secara harian uruskan krisis ini, antara isu adalah juga kumpulan gelandangan ini.

“Kita tidak boleh biarkan golongan ini terus merayau-rayau dan tinggal di merata maka golongan ini juga akan terdedah dengan bahaya penyakit ini. Ingat ya, penyakit tidak kenal darjat, kaya papa kedana, merempat mahupun miskin.

“Saya minta segera himpunkan mereka dengan tanggapan bahawa kumpulan ini sekadar 200 hingga 300 orang sahaja, rupanya hampir seribu. Saya terkejut.

“Apa gunanya kita ada bangunan pencakar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini, bayangkan apa yang difikirkan oleh orang luar khasnya pelancong dengan negara kita khasnya di bandaraya seperti ini,” katanya ketika memulakan bicara.


MGF07042020_MENTERI-WILAYAH-LAWAT-GELANDANGAN_03
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyelimutkan gelandangan pada hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020
Sambung Annuar, pada awalnya perancangan beliau hanyalah mengumpulkan golongan gelandangan ini di satu penempatan selamat sehingga PKP namun apabila mula mendekatkan diri, beliau sedar tanggungjawab dan amanah itu lebih daripada itu.

“Ini bukan lagi soal beri makanan dan tempat tinggal sementara, ini soal kehidupan mereka selepas ini. Saya banyak berfikir, lagipun ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ahli keluarga saya selama ini begitu aktif dalam menjaga kebajikan khasnya makan minum mereka.

“Ketika melawat pusat penempatan mereka baru-baru ini, saya ada bertanya tentang keluarga, mereka tidak mahu bercakap. Kalau bercakap kerja, mereka juga tidak mahu. Mereka terima kehidupan mereka seadanya.

“Saya tidak sampai hati tengok keadaan transit mereka, ada tilam dan bantal sahaja. Saya tanya mengapa dengan kapasiti kita, mengapa tidak kita buat lebih? Jangan bagi makan sahaja, tapi beri kaunseling, sediakan ruang solat, ajar mereka keebrsihan diri dan beri keyakinan.

“Kalau boleh potong rambut, berikan selimut bila tidur. Lepas itu saya terfikir, tamat PKP, maknanya kita lepaskan mereka, kumpulan ini akan kembali pada alam kehidupan mereka kembali. (menangis lagi).


MGF11042020_OWH-MG-TAN-ANNUAR-MUSA08
Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.
“Saya ambil langkah lebih sikit, cari hostel lebih besar, saya tidak mahu lepaskan mereka. Selepas berunding dengan beberapa syarikat melalui Datuk Bandar, kita bukan sahaja berjaya cari tempat untuk dijadikan hostel kediaman sebaliknya juga pekerjaan untuk 700 orang.

“Dewan Bandaraya sendiri akan ambil sebahagian daripada mereka bekerja mengindahkan dan membersihkan Kuala Lumpur manakala ada juga syarikat swasta akan ambil mereka dan berikan pekerjaan dengan gaji RM1,400.

“Semua ini bukan dalam perancangan lagi sebaliknya sudah jadi realiti, mungkin 1 Mei ini. Kita perlu golongan gelandangan ini melalui beberapa saringan terlebih dahulu sebelum ambil mereka bekerja.

“Jika kita ajak atau tawar, mungkin mereka tidak mahu jadi kita akan paksa mereka.

“Terus terang saya cakap, benda yang kita rasa payah ini jika kita usaha, Tuhan akan mudahkan ia. Saya sendiri tidak sangka, dipermudahkan.

“Semua yang saya fikir, jadi kenyataan. Bukan kerajaan sahaja sebaliknya rakyat Malaysia ini sendiri datang memberi bantuan, macam-macam semuanya tampil beri sokongan, untuk itu sememangnya terima kasih sangat,” ujarnya. – MalaysiaGazette



MR :  Sangat menyentuh hati kalau kerajaan boleh menanggani isu gelandangan di setiap negeri di Malaysia.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Apa gunanya ada bangunan tinggi tinggi hebat-hebat kalau masalah gelandangan ni pun tak boleh selesai.

    BalasPadam
  2. Kamu bina rumah kat Malaysia sampai besar besar, mewah mewah utk siapa semua tu???

    BalasPadam
  3. Tahukah kamu, Sebelum jadi gelandangan mereka ada yg jadi tukang cuci, tukang potong rambut, tukang kebun, tukang cuci longkang, tukang posmen barang ketrik, ada jadi driver, ada jadi jaga dan macam-macam lagi. Siapa yg bayar mereka buat kerja kerja ini tidak lain dan tidak bukan ialah penjawat awam yang ada duit lebih semasa pemerintahan Najib. Ketika PH memerintah, habis semua kena potong, elaun kena potong, habis, sampai ramai yg kena down grade (termasuk diri saya -tapi alhamdulillah saya dapat cabut gi oversea - padan muka kau stupid PH),

    Waktu PH memerintah semua periuk nasi org Melayu di kacaunya. Memang patut kita haramkan terus PH lahanat ni.

    BalasPadam
  4. pndapat aku...buat mse pkp ni..kuatkan dulu rohani mereka..pnggil la mne2 ustaz atau sami atau paderi ikut agama msing2..insyaAllah mereka akn jd pekrja yg hebat nnti

    BalasPadam