Header Ads

ads header

Flash News

MalaysiaKini putar belit kenyataan Iskandar Samad


Komen saya kepada berita “Menteri PN akan menjadi bahan ketawa kalau…”.

Saya merujuk kepada berita bertajuk seperti di atas yang telah tersiar di dalam portal berita Malaysiakini bertarikh 17 April 2020.

Berita tersebut adalah berdasarkan kenyataan akhbar saya bertajuk, “Peringatan untuk kerajaan Perikatan Nasional: Jangan pijak periuk api” yang dikeluarkan semalam.

Di sini saya ingin membuat beberapa pembetulan kepada berita tersebut yang saya anggap tidak begitu tepat.

Ianya adalah,

1) Saya tidak pernah berkata Menteri PN akan menjadi bahan lawak.
Saya hanya menyatakan jika “Menteri-Menteri menjadi bahan lawak ketawa” (seperti di zaman PH) maka “rakyat tidak akan berdiam diri”.

2) Berita itu juga memberi gambaran seolah-olah kenyataan saya memberi tumpuan utama kepada isu pelantikan-pelantikan di dalam agensi kerajaan dan GLC.

Walau bagaimanapun isu tersebut adalah hanya sebahagian dari kenyataan saya.

Saya hanya menyebut jika “pelantikan jawatan-jawatan di dalam kerajaan dan agensi kerajaan di atas pertimbangan politik semata-mata” maka “sudah tentu rakyat tidak akan berdiam diri”.

Kenyataan saya adalah merupakan teguran umum untuk Kerajaan Perikatan Nasional yang menyentuh juga perkara-perkara lain.

Membaca berita itu saya teringat cerita tentang orang buta dan gajah. Salah seorang buta telah memegang ekor gajah dan membuat kesimpulan gajah itu seperti seekor ular. Begitulah Malaysiakini yang hanya memetik sebahagian dari kenyataan akhbar saya.

Walau bagaimanapun saya tidak bimbang dengan kekeliruan yang timbul akibat berita yang disiarkan kerana orang ramai telah sedia maklum akan kecenderungan Malaysiakini.

Saya telah mendapat maklumbalas dari orang ramai tentang kenyataan saya justeru itu mengucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah memberikan publisiti kepadanya. Kontroversi kecil yang dicetuskan telah berjaya menarik minat umum.

Dato’ Iskandar Abdul SamadKetua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing ( REACH )


MR :  Memang sehari dua ini semua berita Malaysiakini mmeburukkan PAS aje.. Tanya Dr Zul Amanah dia tahu dia kan ada akses MK


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Pada saya.. Pimpinan pas lebih selamat jawab no komen atau sepatutnya memberi kenyataan rasmi kepada harakah, biarlah pihak lain memetik sumber dari harakah. Laporan dalam mk tiada satupun yang mesra pas.Mereka hanya ingin merekacipta perpeksi kerana usaha ph selama ini, mereka masih gagal merosakkan reputasi PAS di kalangan rakyat..contohnya isu duit 90 juta.PH juga terkesan dengan isu surat yang melodehkan wajah sebenar di sebalik topeng ph.. Ia dikatakan ditulis oleh presiden pas kepada negara Islam timur tengah

    BalasPadam
  2. PAS dah pegang kuasa. Harap segera laksanakan hudud dan RUU355

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini gesaan macai jahil undang undang... Sesuatu undang undang tidak dapat dilaksanakan sebelum melalui proses kelulusan dlm Parlimen. Bila RUU dan hudud dibentang puak kamu pula yang tak sokong kerana mengikut ketua ketua syaitan kamu

      Padam
  3. Saman jer kalau rasa Mkini telah merubah atau memutar belitkan kenyataan, kalau tak saman, nanti oramg ingat pemimpin buat U turn.

    BalasPadam
  4. Pemimpin pas bukan spesis gila saman lawan politik hanya kerana sekadar kenyataan politik.Tidak seperti pemimpin spesis dog and pig..tidak bersikap matang tetapi lebih kepada dendam kesumat

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Malaysiakini sejak dulu lagi adalah anjing dap. Dapat pulak dana dari soros.

    BalasPadam