Header Ads

ads header

Flash News

Mohon maaf sebar berita palsu, Najib minta Fuziah jangan ulang kesilapan


KUALA LUMPUR, 10 April — Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji tindakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang memohon maaf kerana menyebar berita palsu kononnya wujud keadaan tidak terkawal di Tambak Johor.

Najib turut berharap Fuziah tidak mengulangi kesilapan sama selain meminta wakil rakyat PKR itu memohon maaf berhubung sebuah video yang pernah dilakonkan bertujuan menyindir operasi pemprosesan loji nadir bumi Lynas di Kuantan.

“Ahli Parlimen Kuantan sudah mohon maaf setelah dia sebarkan video fitnah dan mencetuskan panik. Baiklah tu. Sudah taubat. Jangan ulang, ya?

“Sekarang kita tunggu dia mohon maaf juga untuk video masak-masak mutan radioaktif dia,” kata Najib di Facebook.

Terdahulu, Fuziah memohon maaf selepas mendakwa berlaku keadaan luar kawalan di Tambak Johor menerusi akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, tuduhan dinafikan pihak polis yang menerangkan bahawa insiden itu berlaku pada tahun lalu.


MR :  PH ni bukan nak tolong rakyat nak ambil kesempatan dan nak manipulasi keadaan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Di waktu rakyat sedang menderita kerana wabak covid-19, pemimpin dan barua dan RBA Pakatan Hancing cuba menangguk di air keruh untuk memburukkan keadaan bukan membantu kerajaan mengawal wabak covid-19.

    BalasPadam
  2. Kalau x boleh berbuat baik utk diri sendiri dan masyarakat..jangan lah bebankan diri dgn menanggung dosa2 pula .. bukankah ia hanya merugikan diri sendiri sahaja!!??

    BalasPadam