Header Ads

ads header

Flash News

Muslim Rohingya


Isu muslim Rohingya adalah lebih islami, lebih lama dan lebih besar dari satu kes terpencil sebilangan mereka berpiket baru² ni.

Seperti muslim di Palestin dan di Uigur, China, muslim Rohingya turut dijajah, ditindas, dibunuh, dihalau dan diperlakukan diluar batas kemanusiaan oleh regim tentera Burma Buddha yang dilatih 3000 komando Israel suatu masa dahulu.

Kisah mereka dibakar hidup², disembelih, diperkosa, dipisahkan anak dari ibu, larangan berkahwin, lockdown bertahun² dll, lebih menyayat hati berbanding kisah muslim di Palestin atau di Uigur.

Islam mewajibkan umat Islam memelihara 5 dharuriat iaitu Agama, nyawa, kehormatan, keturunan dan harta (Fiqh Islam). Oleh itu Islam mewajibkan umatnya berhijrah dari tempat mereka ditindas, ke tempat di mana Islam berkuasa. Firman Allah swt :

(إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا)
"Mereka yang dimatikan oleh Malaikat Maut, dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri (kerana tidak berhijrah). Malaikat bertanya, 'Kenapa kamu (tidak berhijrah lalu tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya)?'. Mereka menjawab, 'Kami dulu ditindas di muka bumi'. Malaikat berkata, 'Tidakkah bumi Allah luas, kamu dapat berhijrah di sekitar pelusuknya (ke negara umat Islam lain)'. Tempat mereka adalah Nerakan Jahannam (kerana merelakan diri ditindas dan tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya). Neraka itu seburuk² tempat" [Surah An-Nisa' 97].

Umat Islam adalah adik beradik. Firman Allah swt (إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ) bermaksud, "Orang-orang beriman adalah adik beradik. Maka damaikanlah dikalangan adik beradik kamu. Bertaqwakan kamu kepada Allah supaya kamu dirahmati Allah" [Surah Al-Hujurat 10].

Allah swt berfirman bahawa orang-orang beriman di tanah Islam berkuasa hendaklah menyambut muslim tertindas yang datang berhijrah kepada nya. FirmanNya :

(وَٱلَّذِینَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِیمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ یُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَیۡهِمۡ وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟ وَیُؤۡثِرُونَ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ وَمَن یُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ)
"Mereka yang menyediakan Negara dan Iman (kasih sayang) sebelum mereka. Mereka suka kepada orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tak simpan dalam hati mereka sesuatu kepentingan dari apa yang mereka sumbangkan (kepada orang yang datang berhijrah). (Bahkan) mereka mengutamakan penghijrah itu lebih dari diri mereka sendiri, walaupun mereka dalam kesusahan. Siapa yang terselamat dari kebakhilan dirinya, maka mereka orang² yang berjaya" [Surat Al-Hashr 9].

Banyak petunjuk rabbani (ilahi) dari 2 ayat di atas. Saya ambil beberapa sahaja darinya iaitu :

1- Siapa tak sayang tanah air sendiri. Nabi saw dan para Muhajirin ra sendiri merindui Mekah, kampung halaman dan tanah tumpah darahnya. Tapi mereka wajib berhijrah dari bumi ditindas kafir ke bumi kuasa Islam tertegak.

2- Bila ada "hijrah" di dalam Al-Quran, maka Hijrah akan terus berlaku sepanjang zaman untuk Allah menilai siapa muslim yang sanggup menyediakan kasih sayang dan tempatnya untuk muslim yang datang berhijrah. (Jangan dikelirukan dengan hadis Tiada hijrah para Sahabat ra selepas Pembukaan Mekah لا هجرة بعد الفتح).

3- Menolong sungguh² dengan penuh ikhlas, sehingga Allah sifatkan pihak yang menolong tiada apa-apa kepentingan pun dari sumbangan yang dia berikan kepada penghijrah. وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟

4- Mengutamakan penghijrah lebih dari diri sendiri, walaupun diri dalam keadaan susah وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ, walau negara sendiri sedang ditimpa Coronavirus sekalipun. Melebihkan saudara seIslam melebihi diri sendiri dipanggil Ithar الايثار. Ia adalah tahap Ukhuwah yang paling tinggi dalam Islam.

5- Allah menyifatkan mereka yang tidak menolong penghijrah yang tertindas sebagai orang شُحَّ نَفۡسِهِۦ yang bakhil dan kedekut. Ada duit berkepuk dalam bank, kereta 2-3 buah, rumah, tanah, tapi tidak menoleh pandangan ke arah penghijrah sehelai sepinggang meredah lautan bergelora.

6- Orang yang menolong menyediakan Iman (kasih sayang) dan tempat bagi muslim tertindas, tidak bakhil akan diberi status oleh Allah sebagai ٱلۡمُفۡلِحُونَ iaitu orang2 yang BERJAYA di dunia dan Akhirat. Siapa di antara kita nak berjaya di Akhirat dengan beroleh Syurga kekal abadi dan keredhaanNya ?

Tragedi muslim Rohingya telah berlangsung sejak berdekad-dekad lalu. Negara² Islam termasuk Malaysia dan ngo-ngo Islam telah memainkan banyak peranan membantu mereka di sana maupun di Tanahair kita. Ia patut diteruskan.

Muslim Rohingya mempunyai ramai ulama dan para hafiz. Di Malaysia ramai mereka yang menjadi guru-guru hafiz di tahfiz-tahfiz kita. Terdapat masjid dan surau yang mendapatkan khidmat imam hafiz muslim Rohingya sepanjang bulan Ramadan.

Kes terpencil kumpulan berpiket dalam tempoh Lockdown mungkin usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian jauh dari isu 50,000 pelancung China yang tinggal terus di Malaysia dan tak balik balik ke negara mereka dan kes jualan kad pengenalan yang sedang berjalan.

Menjadi tanda tanya besar dalam isu ini :

1- Siapa Zafar Ahmad ni sebenarnya ? Siapa yang beri dia jawatan kononnya "Presiden orang-orang Rohingya" ?

2- Muslim Rohingya tidak memiliki satu pun pertubuhan yang mewakili semua mereka di Malaysia, maupun di serata dunia. Di Mekah sendiri ada beberapa pertubuhan muslim Rohingya, dan bukan satu. Maka Zafar Ahmad ni dari pertubuhan apa ?

3- Tulisan "strategi bawa masuk 300 orang ke Malaysia, kemudian, 300 orang lagi, kemudian 300 orang lagi" , saya lihat seperti tulisan tangan orang Malaysia terpelajar, dan bukan tulisan orang Rohingya yang tertindas. Ia mungkin bikinan cybertroopers.

Apa sahaja isu yang berbangkit, kita umat Islam hendaklah merujuk dan mengaitkan isu itu dengan Al-Quran dan Al-Sunnah terlebih dahulu dari Facebook dan cybertroopers yang mengapi-apikan isu. Mereka bekerja siang malam demi mencapai tujuan² tertentu.

Kepada Allah jua kita panjatkan doa keselamatan buat muslim Rohingya dan umat Islam yang tertindas di serata dunia. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 23/4/2020


Follow Us.Halim telegram channel
https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Adalah amat malang sebilangan orang Melayu jahil murakkab sangat mudah terpengaruh dengan propaganda jahat ciptaan puak kafir harbi dan puak munafik liberal untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan umat Islam termasuk pelarian Rohingya Islam di negara kita.

    Kita masih ingat bagaimana musuh-musuh Islam ini telah mencipta fitnah berskala besar sebelum PRU 14 kononnya:

    (1) pemimpin kafir adalah jauh lebih baik dari pemimpin Melayu Islam kerana kononnya pemimpin Melayu Islam tidak bermoral dll berbanding dengan pemimpin kafir.

    (2) kaum Melayu pemalas dll.

    (3) dll

    Sebaliknya puak anti-Islam ini Dan pengikut mereka berdiam diri berkaitan isu beratus ribu pendatang tanpa izin dari negara China Komunis yang berada secara haram di negara Kita. Bahkan sebilangan dari mereka mendapat kad pengenalan (kp) palsu atau kp yang diragui statusnya dan pemegang kp ini tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

    Maka sangat jelas musuh Islam dan pengikut mereka adalah kepala bapak rasis yang bersikap hipokrit lidah biawak dan mengamalkan double standard terhadap kaum Melayu Islam dan pelarian Islam.

    Kepada segelintir orang Melayu yang menjadi pengikut atau barua musuh Islam atau jurucakap musuh Islam atau lidah musuh Islam, cukup-cukuplah kamu membodohkan diri kamu sendiri dengan menjadi lembu dicucuk hidung @ pak turut musuh Islam. Kamu sebenarnya adalah Musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang diperalatkan untuk memusnahkan Islam dan umat Islam dari dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan perbodohkan orang lain kalau rasa diri tu bodoh.

      Padam
  2. Awas geng PH hanya mahu menyalahkan PN. Mereka ni bodoh badigol, panggil PN kejam tapi negara Thailand, Indonesia dan India pun buat perkara yg sama. Tak panggil pulak mereka kejam.
    SUARAM memang haram.
    Malaysia bukan punca masalah, yang SUARAM menyalak kat PN tu apa ke bodoh? PH memang bodoh.

    BalasPadam