Header Ads

ads header

Flash News

Nasib baik ada polis bukan Islam, kalau tak selepas berbuka baru boleh lepas!

KUALA LUMPUR, 30 April — Gara-gara kuih donut, seorang penghantar makanan hampir ditahan polis kerana bungkusan gula yang menyerupai bahan terlarang.

Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan melalui sekatan jalan raya polis dan mendapati beberapa bungkusan serbuk berwarna putih.

Lelaki itu yang sedang berpuasa pada awalnya terkejut dan panik, namun menarik nafas lega kerana ada seorang polis berbangsa India yang turut berada di tempat kejadian membuka dan merasa bungkusan itu.

“Member aku kena tahan. Sekali donut gula asing,” kata rakan kepada penghantar makanan yang berkongsi pengalaman itu melalui WhatsApp.

Hantaran lucu melalui paparan skrin itu dikongsi pengguna Twitter HassrayMohamad di Twitter, sehingga kini diulang kicau lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 17,000 tanda ‘suka’.

“Aduh buat pasal betul lah orang yang jual donut bungkus gula macam itu.

“Tak pasal menggelupur orang yang hantar tu dengan polis,” catatnya.

Rata-rata warga Twitter di ruangan komen terhibur dengan hantaran itu dan menasihati pengusaha makanan agar tidak menyediakan bungkusan dalam keadaan mencurigakan.

“Gula asing tak apa, yang pergi bungkus kecil macam tu kenapa. Mencurigakan betul,” balas @ZatyyyA.

“Nasib baik polis tu tak tarik terus pergi balai,” catat Caaa.

Ada yang berpendapat jarang pelanggan meminta taburan gula diasingkan daripada donut, namun ada yang mengatakan ia biasa ketika donut dijual dalam bentuk sejuk beku.


MR :  Kes naya!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. orang berpuasa pun boleh test rasa manis dan masin makanan, lepas tu luahkanlah jangan telan dan terus berludah selagi ada rasa di lidah. Atau berkumur.

    BalasPadam