Header Ads

ads header

Flash News

Pemanggil tanya Mat Jenin, Kalau Jadi PM nak buat apa?


Kalau kita buka Malaysiakini, 90% beritanya cerita pasal PH. PH nak buat itu, nak buat ini.. Pemimpin PH cadang itu, cadang ini. Kalau ada berita PN sikit aje. Kalau berita PAS mesti pasal yang negetif aje. Paling hebat cerita pasal Anwar Ibrahim.. Anwar khayal pun jadi berita utama di Malaysiakini.

---

Anwar Ibrahim hari ini berdepan soalan apakah yang akan dilakukannya bagi menangani wabak Covid-19 kalau beliau sekarang menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu ditanya soalan berkenaan dalam sidang media atas talian yang dilakukannya hari ini.

Menjawab soalan itu Anwar berkata beliau bukanlah perdana menteri, tetapi tetap menekankan pentingnya sidang khas parlimen diadakan bagi membincangkan masalah wabak yang melanda negara sekarang.

"Saya bukan perdana menteri (tapi) saya dah cadangkan. Ini cadangan, (diadakan) sidang parlimen yang khas. Bincanglah dengan semua, dah (kerajaan) kata kita tak politik,” kata Anwar.

Tanpa menyebut secara khusus, Anwar mendakwa, ketika kerajaan Perikatan Nasional menegaskan kepada pihak lain agar tidak berpolitik, mereka sendiri mengatur permainan politik sehingga ke peringkat akar umbi.

"Apa kerja dia? Atur jentera politik dia di setiap daerah dan kawasan parlimen untuk bahagi dan potong musuh-musuh politik ini.

"Ini kerja haru-biru. Ini, kalau tanya saya, Tan Sri Muhyiddin dan pasukannya betulkanlah keadaan begini?

"Kalau (ikut) cakapnya, kita tumpu ekonomi dan rakyat, tak ada politik… tapi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) semua orang kita," sindir Anwar, dipercayai merujuk kepada lantikan anggota parlimen kerajaan bagi menerajui GLC.

Sementara itu, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson turut memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sekiranya Dewan Rakyat dipanggil untuk bersidang bagi membahaskan krisis Covid-19.

“Saya membuat gesaan khusus supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membahaskan tindakan yang perlu diambil berkenaan Covid-19 dan saya beri jaminan bahawa isu usul undi tidak percaya tidak akan dibangkitkan,” katanya.

Sebaliknya, kata Anwar, usul undi tidak percaya akan dikemukakan dalam sidang lain.

Pada masa sama, presiden PKR itu menegaskan kerajaan PN tidak boleh menggunakan isu krisis Covid-19 untuk mengukuhkan kedudukan mereka selepas membentuk kerajaan melalui kerjasama pelbagai parti baru-baru ini.

Awal bulan ini Anwar mencadangkan supaya Parlimen bersidang untuk membahaskan pakej rangsangan RM250 bilion yang diumumkan Muhyiddin kerana sehingga kini ia masih masih belum dibentangkan.

Anwar dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, juga sebelum ini berulang kali menggesa sidang parlimen tergempar diadakan bagi meluluskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai RM250 bilion dan membahaskan “penggerakkan semula paling awal enjin ekonomi Malaysia”.


MR :  Akhirnya Anwar jatuh bersama dengan kelapa yang ditebuk tupai!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Tak apalah, kalau nak gi sidang PARLIMEN ,tunggu MP buat keputusanl lepas tu MP semua bergaduh sesama sendiri matilah RAKYAT menunggu keputusan dari PARLIMEN

    BalasPadam
  2. Ini soal uu.
    Najib pun dah bagi tahu.
    Setiap peruntukan yg dikeluarkan .
    kena dibincang & dibahaskan dalam dewan rakyat.

    Jadi apabila uu di ketepikan , rakyat dikhianati...
    Apa lagi yg kita nak julangkan arti kebenaran & keadilan.

    Kenapa takut jika benar.

    Kelantan pun buat sidang dewan.

    Apakah bila kena muka sendiri , semua kena sucikan

    BalasPadam
  3. Berilah peluang untuk Anuwar Ibrahim bernafas setelah tiada isu untuk memenangi hati rakyat.Pom pang pom pang PH 22 bulan rakyat tertekan. Naik PM MY,cepat jer senangkan kebajikan rakyat.Tadak masa nak ugut rakyat bagai macam PH. Masa Anuwar Ibrahim dah berlalu. Berapa banyak duit negra ahabis kerana pilihanraya dipaksakan kerana seorang Anuwar Ibrahim.Dah dah lah.Noktah Anuwar.Game over

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb banyk duit habis tulah.
      Kerajaan pn ni belanja sangkan bagi gula2 pada makcik kiah.

      قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

      “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

      Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :

      1. Surah AlHajj. Ayat 038.
      Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

      2. Surah AnNisaa'. Ayat 107.
      Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

      3. Surah Yusuf. Ayat 106.
      Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

      4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
      Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

      5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
      Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

      6. Surah AnNisaa'. Ayat 105.
      Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

      7. Surah Ali'Imran. Ayat 057.

      Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

      8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
      Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

      9. Surah Ali'Imran. Ayat 161.
      Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

      10. Surah Ali'Imran. Ayat 032.
      Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.


      *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan...”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

      Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
      (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

      Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
      (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

      #janganjemuuntukberiperingatan.

      Padam
  4. Settlekan kes diselangor dulu sebelum nak campur tangan dalam kes seluruh Negara Malaysia.Selangor kan PH punye.kalau diSelangor pun PH tak boleh buat apa²,apatah lagi diseluruh Malaysia.Bekas menteri kesihatan banyak idea.Bebaskan Selangor dari covid 19 dulu.baru rakyat salute.tapi setakat ini masih ikut cara/tindakan pusat lagi.takde apa² tindakan yang lebih drastic dari bekas menteri kesihatan itu untuk memulihkan keadaan di Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baca ke kenyataan pengarah kkm.
      Hasil kerja pengawalan wabak virus covid ini adalah dari bulan disember tahun lepas.
      Ini masa pn ke ??

      Padam
    2. Cerita wabak berjangkit Covid-19 dinegara cina sudah kecoh pada bulan January Dr pakar dari negara cina sendiri pesan pada semua negara berhati hati dgn Covid-19 dan pada awal February ada kes warga cina yg kena Covid-19 yg dirawat di Malaysia dan kenapa masa tu Kerajaan PH dah tahu wabak covid19 mudah berjangkit tapi pemimpin PH tak arahkan pun kepada pihak imigerisen untuk bawa beribu pelancong yg dtg ke Malaysia untuk diserahkan pada KKM dan dikaurintin 14 hari dulu di hotel masing masing kerana masa tu mungkin pelancong luar nampak sihat takde gejala demam tapi mungkin dlm badan mereka telah di jangkiti Covid-19 tapi masa tu alasan pemimpin PH kepada rakyat supaya jangan panik dengan Covid-19 siap pesan lagi jangan sebarkan cerita panik Covid-19 jadi sebelom tahun baru cina lagi sudah beribu pelancong asing Masuk Malaysia dengan pakej Covid-19 yang mungkin masa tu dah banyak melekat kat airport Dan K.L sentral so awal awal lagi dah nampak cara pemimpin PH kawal Covid-19 lambat dan tidak ambil serius dengan kerisauan rakyat Malaysia masa tu.. so sekarang PH tak habis habis nak puji diri sendiri dengan sikap riak dan sombongnya.. walaupun seluruh rakyat Malaysia majority dah gelaran PH sebagai parti pembohong janji manis hanya untuk menang undi saja..

      Padam
  5. Jaminan kamu samalah dengan jaminan Manifesto kamu. Dua - dua hancing!

    BalasPadam
  6. Masa aman damai x masok perlimen spai tekan loceng baru nak masuk la ni kalut nak kan persidangan.sama juga masa jdi pm letak jawatan la ni dah kalut nak jdi pm balik.masa jadi menteri x buat apa untuk rakyat bila dah kena lucut jawatan baru nak kalut jdi menteri balik...konon2dah biasa jadi pembangkang 60 thn ni dah gelabah beruk.

    BalasPadam
  7. Biarkan la Nuar terjun dgn labu² nye🤣🤣🤣

    BalasPadam
  8. Anwar tetap sbg pilihan rkyt malaysia masa kini tanpa mengira latar belakang..Kajian telah di lakukan mungkin hari ini beliau tersisih sedikit ke belakang tetapi bulan yg akan mendatang Anwar tetap berdiri teguh dan di sanjungi oleh rkyt malaysia dan ramai yg tak tahu perkara ini tentang Anwar..Kenapa Anwar di sanjungi rkyt masa kini dan akan mendatang..???.. sebab Anwar adalah seorg pemimpin reformasi dan pula tidak perkauman..Kalau kita tengok dr dulu smpai skrg belum ada lagi nmpak pemimpin no.1 negara yg menjalankan reformasi termasuk Tun Madey..Kerajaan Ph tumbang tanpa melalui pilihanraya dr undi rkyt kerana gara2 muslihat jijik politik Tun Madey yg nak mjatuhkan politik Anwar..

    BalasPadam
  9. Untuk yang Arif Muluk,
    Fitnah 1MDB PH Terhadap DS Najib Di Jawab Sendiri Oleh DOJ Amerika Syarikat

    Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, baharu Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat pulangkan duit USD300 juta.

    Kenapa?

    Kerana baharu mereka sedar dan terdedah bahawa banyak tuduhan ke atas 1MBD adalah palsu dan fitnah belaka.

    Ini menjawab dakwaan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak boleh berkerjasama dengan DS Najib kerana kononnya berpegang pada prinsip...������

    Kepada penjilat tegar Dr. Mahathir yang masih lagi mengharapkan kebenaran cerita DS Najib terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB, hadamkan penjelasan dari DS Najib.

    Media Singapura melaporkan bahawa hubungan antara kerajaan Pakatan Harapan dengan DOJ Amerika Syarikat sudah merosot sebelum Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tumbang

    Berita ini juga dilaporkan dalam beberapa media tempatan.

    Antara sebab utama kenapa hubungan menjadi teruk ialah kerana Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak sekali lagi perjanjian penyelesaian IPIC untuk membayar balik semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

    Ini adalah kali kedua, Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak penyelesaian dari IPIC setelah mereka batalkan perjanjian asal yang diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada awal tahun 2017, di mana IPIC berjanji membayar balik sebelum 30 Disember 2020.

    Kali ini perjanjian penyelesaian kedua disyorkan oleh DOJ kerana memang benar bahawa IPIC telah menjamin sebanyak US$6.5 bilion (RM28 bilion) dana 1MDB, termasuk bon yang diterbitkan 1MDB serta unit-unit BSI yang Pakatan Harapan tuduh tidak bernilai.

    Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

    Siapa yang ikut penulisan serta perbahasan saya sejak PRU 14 akan tahu bahawa saya konsisten dengan fakta ini.

    Dan kenapa Pakatan Harapan dua kali menolak untuk dibayar balik semua wang yang didakwa hilang?

    Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

    Itu bercanggah dengan propaganda dan fitnah Pakatan Harapan.

    Merugikan negara dan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain itu tak apa, asalkan Najib kena dan terus dicop perompak dan penyamun.

    Sebab itu, Pakatan Harapan tolak penyelesaian itu dua kali.

    Ini penjelasan saya dari dulu lagi

    Saya konsisten.

    Tonton video 11 Nov 2018 ini, apabila saya tanya tentang perjanjian itu dalam Parlimen.

    Tidak seorang dari Pakatan Harapan berani sangkal saya.

    Semua terdiam, termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan masa itu

    Dan ini apa yang kita dapat dengan 1MDB.

    Ada juga yang tanya kenapa saya tidak jelaskan ini sebelum PRU14.

    Tapi patutkah saya sebagai Perdana Menteri dedahkan secara umum masa itu bahawa pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negara lain yang bersalah sedangkan keutamaan saya ialah untuk memelihara hubungan diplomatik negara serta medapat kembali semua wang yang didakwa hilang?

    Saya telah tunggu 2 hari untuk pemimpin Pakatan Harapan serta bekas peguam negara dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik Pakatan Harapan untuk menafikan artikel minggu lepas ini tapi sehingga kini mereka pilih untuk kunci mulut

    Kalau Pakatan Harapan mengunci mulut, mungkin Dr. Mahathir boleh menjawab apa yang didakwa oleh media Singapura tersebut.

    Sekurang-kurangnya suruhlah hantu raya belaan Dr. Mahathir dari Sarawak Report tu jawab...������

    Dan kepada penjilat-penjilat tegar Dr. Mahathir, telitikanlah dengan mendalam tentang isu 1MDB ini.

    Segala penjelasan dari DS Najib, beliau kemukakan dengan fakta dan data yang lengkap tapi pernahkah dakwaan yang keluar dari Dr. Mahathir and The Gang dulu kemukakan bukti dan fakta yang sahih?

    Kalau masih lagi tidak boleh hadam, teruskanlah menjilat Dr. Mahathir dan duduk dalam gua tu dendiam.

    http://theunspinners.blogspot.com/2020/04/fitnah-1mdb-ph-terhadap-ds-najib-di.html

    BalasPadam