Header Ads

ads header

Flash News

PH Buntu Tentukan Ketua Pembangkang



Parlimen akan bersidang pada 18 Mei ini. Khabarnya pihak kerajaan telah memohon nama Ketua Pembangkang baru dari Pakatan Harapan, blok parti terbesar yang menguasai bangku pembangkang.

Tetapi sehingga kini PKR, DAP dan Pan masih belum memutuskan siapakah calon mereka walaupun nama Anwar Ibrahim disebut-sebut.

Ketua Pembangkang yang lepas adalah Dato Ismail Sabri (BN) yang kini menjadi menteri kerajaan PN.

Di dalam PH hari ini DAP dengan 42 kerusi parlimen muncul sebagai parti terbesar. Masalahnya mengapa DAP menolak jawatan Ketua Pembangkang?

Mengapa tidak Kit Siang atau Guan Eng sahaja yang dicalonkan? Takkanlah dengan bilangan kerusi terbanyak PKR akan tolak pencalonan tokoh DAP itu, Pan pula pasti taat menyokong mustahil Pan berani sanggah DAP.

Kit Siang sebagai MP veteran cukup berpengalaman dengan berkali-kali memegang jawatan ini sebelumnya.

Setelah "Team Azmin'" angkat kaki tinggalkan PKR, parti itu sudah tunggang-langgang. Di Selangor mereka terpaksa kekalkan Amiruddin sebagai MB, Dorayah dan Haniza sebagai EXCO walaupun mereka orang Azmin kerana bimbang lebih ramai akan ikut jejak angkat kaki tinggalkan PKR.

Anwar ternyata gagal sebagai Presiden. Parti sendiri goyah, cita-cita menjadi PM berkecai dan kini mahu menuntut pula jawatan Ketua Pembangkang.

Kenapa takut sangat DAP ke hadapan menjadi Ketua Pembangkang?

Sementara itu bekas PM Tun Dr Mahathir pula telah menyatakan enggan duduk di bangku kerajaan walaupun partinya Bersatu merupakan komponan PN.

PH telah pecat Bersatu, marahkan Tan Sri Muhyiddin tetapi masih main kayu tiga dengan Tun. Tun pula telah menghancurkan peluang Anwar jadi PM bila letak jawatan sebagai PM. Anwar cukup marah dengan Tun.

Nampak bercelaru dan serabut sungguh PH ini.

Selesailah masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum mahu pertikai dan ganggu kerajaan PN yang semakin didukung dan diyakini rakyat.


ROSLAN SMS

MR :  Ingat Mahathir-Anwar kini masuk LKS...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Dah memeng keje kau ni laga2 kan kaum ke pe???kalau letak anuar kau kata dap tunduk dgn dia? Kalau ankat dap kau kata melayu x de suara dlm pembangkang.... Aku dah muak cara pikir macam lu otak racun....kalau x de keje duduk je diam2 x meyusah kan orang lain.

    BalasPadam
  2. Bulan Ramadan yang mulia pun nak laga lagakan Orang.... Macam ini sikap dan cara fikir pengampu kerajaan PN penghianat negara..... Siapa pun jadi ketua pembangkang bukannya penting pun... Bukan jentik telur kamu pun dan bukan minta duit kamu pun.... Cuba lah jadi rakyat yang berotak sihat sikit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendokong DAP yang berotak sihat harus bersikap relevan.Seharusnya bagi kamu terima hakikat kejatuhan kepimpinan kamu,yang kamu dokong selama ini.Relevan,kerana ia telah pun berlalu pergi dan telah diselesaikan secara holistik dan aman damai.Bahkan kejatuhan Puak-puak kamu adalah disebabkan oleh ketua kamu sendiri.Jadi,tak usahlah kamu merintih mengatakan itu dan ini.

      Padam
  3. Macai2 PKR dan mendiang PH dah gila meroyan..

    BalasPadam
  4. Siapa yg jadi ketua pembangkang hakikatnya sama aje : hamba DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang telah sedar bahawa DAP adalah golongan perosak dan penindas.Yang menyembunyikan kekufuran dan sentiasa merancang melakukan kerosakan terhadap agama Islam.

      Padam
    2. Wahai pendukung DAP yang bercelaru dan berserabut... Bersihkanlah hati dan jiwamu.. Supaya tidak kamu menjadi pengikut golongan perosak dalam masyarakat dan selamat hidup di dunia dan akhirat"

      Padam
  5. Penyokong dap dan ph berpisah tiada,tetap kencing dan hancing.rakyat dah muak parti kaki kencing,kaki fitnah,kaki segala gala,hnya penyokong yg bodoh je sokong ph ni,korang tak perasan ke secara senyap korang jadi hamba dap.dap itu parti yang pecah belahkan agama di malaysia,

    BalasPadam
  6. Penyokong PH, apa cerita PATI dari negara China dibawa masuk oleh PH? dah daftar jadi pengundi? PRU15 semua cina ambil Malaysia.DIAM terus macai PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah perancangan mereka utk jajah Malaysia supaya jadi communist.
      Tapi Allah juga merancang. Maka mereka jatuh atas kerakusan mereka sendiri dalam mendesak Tun M mengalihkan kuasa, dan juga wabak coronavirus ini menghancurkan lagi perancangan mereka utk buat roadshow menentang keputusan Raja Melayu dan YDP Agong dalam membentuk PN.

      Padam
  7. Syarat sokong PH ialah tak cerdik katalah apapun DAp tetap terbaik. DAP Hina Islam pun, tak kata apa sebab mulut penuh dedak.Contoh terbaik ialah PAN, jentik aje DAP, cepat2-cepat PAN pertahankan.Bila Islam dipersendakan,DIAM

    BalasPadam