Header Ads

ads header

Flash News

PKP fasa ketiga boleh tamatkan COVID-19


PUTRAJAYA: Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa penularan wabak terbabit.

Sehubungan itu, katanya, kesinambungan kawalan yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua harus diteruskan pada fasa ketiga.

“JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes.

“Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua.

“Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. tak tamat pun nampaknya.PkP 4 sudah muncul.

    BalasPadam