Header Ads

ads header

Flash News

PKR gantung keahlian ketua Wanita Haniza Talha kerana jumpa Azmin, Zuraida


PETALING JAYA: PKR menggantung keahlian Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha kerana menghadiri pertemuan dengan bekas pemimpin parti itu, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada Februari lalu.

Haniza ketika dihubungi beliau mengesahkan menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu.

Surat yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kasim memaklumkan penggantungan itu berkuat kuasa 6 April lalu.

Surat itu menyatakan Haniza menemui Azmin dan Zuraida, yang dipecat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 24 Feb lalu kerana mengkhianati parti, di sebuah hotel di Damansara pada 26 Feb lalu.

“MPP pada 21 Mac 2020 menggunakan perlembagaan parti Fasal 41.6 yang memperuntukkan keanggotaan saudari digantung serta-merta sehingga siasatan Lembaga Disiplin parti (selesai),” menurut surat itu.

Susulan penggantungan itu, Haniza dilarang membuat sebarang komen atas nama parti.

Haniza memenangi jawatan ketua Wanita PKR pada pemilihan lalu.

Semalam, Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah yang lebih dikenali sebagai “Ratu Naga” mempertikaikan keputusan parti memecatnya tanpa alasan kukuh dan tidak memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri.

Katanya, beliau menerima notis pemecatan sebagai ahli PKR bertarikh 1 April lalu.

Hari ini, Syarul Ema ketika dihubungi FMT mendakwa selain Haniza, lebih 200 ahli PKR, termasuk majoriti MPP turut dipecat atau digantung keahlian berkuat kuasa 1 April lalu.

“Majoriti ahli MPP, Majlis Pimpinan Wanita dan Pemuda PKR yang pro-Azmin dan Zuraida menerima surat penggantungan serta pemecatan.”

Pihak wartawan sedang mendapatkan pengesahan Saifuddin berhubung tindakan yang dikenakan kepada kumpulan pro-Azmin dan Zuraida.

MR: Kalau aku jadi Azmi jumpa semua pimpnan PKR, biar semua kena gantung




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PKR dan PPBM akan pecah tak lama lagi. Ramai yg akan masuk UMNO dan PAS.
    Tapi kita kena senaraikan muka muka PANkhianat dan jebon jebon yg kita perlu ban seumur hidup kerana perosak parti. Mereka inilah Md Sabu , Khalid Samad , Zaid ibrahim, Anwar Ibrahim serta keluarganya , Dzulkefly , Dr, Hatta Ramli , Husam Musa , dan sebagainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang nak heran dengan keldai keldai dogpig. Tak lama lagi tiada habuan rumput dari tokong akan jadi tidak bertenaga. Pas dapat menarik penyertaan ramai lagi rakyat yang berkelulusan sehingga PhD tanpa perlu tipu sijil seperti kelakuan puak puak yang dipuja puja oleh arif muluk

      Padam