Header Ads

ads header

Flash News

Polis Temerloh terima surat penghargaan Kedutaan Rusia


TEMERLOH - Tindakan pantas polis Temerloh menyelamatkan seorang jurutera kargo kelahiran Rusia pada Rabu lalu mendapat penghargaan Kedutaan Rusia hari ini.

Dalam surat penghargaan terbabit, kedutaan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana membantu jurutera, Maxim Lapin, 42, yang terkandas di negara ini dan ditemui di Temerloh.

Kedutaan itu juga memuji terhadap persembahan, kemahiran dan pengetahuan serta kelancaran koordinasi yang dipamerkan oleh semua anggota terlibat.

Dalam surat itu juga menyatakan kedutaan terbabit memahami kesukaran yang dihadapi pihak polis dalam memastikan keselamatan awam terpelihara dan menangani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman memberitahu, tindakan itu juga hasil keprihatinan dan kerjasama orang ramai terhadap situasi dihadapi lelaki terbabit.

Sebelum ini, gambar lelaki terbabit di hadapan premis makanan segera di bandar itu dengan sepanduk tertulis "I can't go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit. Saya lapar)" dan dimuat naik oleh seorang wanita menggunakan profil nama, Eza Nurbaiti tular di media sosial.

Lelaki itu kemudiannya diselamatkan pihak polis pada hari sama dan berjaya dihantar ke kedutaan terbabit semalam.


MR :  Hospital, Polis Malaysia mendapat pujian.. Rakyat Malaysia terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: