Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat Sabah dakwa hanya penyokong Warisan dapat bantuan makanan


KOTA KINABALU:
Pengagihan bantuan di Sabah terus dipalit dakwaan pilih kasih politik, dengan beberapa pihak mendakwa wujud “little Napoleon” daripada parti pemerintah Warisan yang menyekat barang keperluan asas untuk penduduk kampung.

Mereka turut mendakwa pegawai tempatan mendiskriminasi individu yang tidak menyokong Warisan.

Di Papar, pekerja rencam Phillip Michael mendakwa beliau tidak menerima bantuan negeri.

“Kita akan lihat sama ada mereka masih boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya kepada FMT sambil menambah keluarganya baru-baru ini mendapat bantuan makanan daripada seorang bekas wakil rakyat Sabah.

Seorang pegawai bagaimanapun menafikan dakwaan diskriminasi itu.

Anthony Suamin, seorang daripada 3,000 pemimpin akar umbi yang dilantik negeri untuk mengagihkan bantuan, berkata ramai keliru antara bantuan persekutuan dan negeri.

Katanya, senarai penerima bantuannya mungkin tidak dikemas kini menyebabkan pihaknya terlepas pandang beberapa keluarga yang tinggal di rumah sama.

“Saya tidak tahu senarai kami tidak dikemas kini kerana ia kira-kira 5 hingga 6 tahun lalu.”

Suamin berkata, penduduk Sabah menerima bantuan daripada 3 pihak: ahli Parlimen tempatan, kerajaan negeri dan penderma peribadi.

“Sesetengah bantuan bertindih. Tidak ada kawalan. Kami ingin mengumpul semua sumber ini menjadi satu supaya semua akan dapat bantuan.”

Di Kota Marudu, seorang penduduk mendakwa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) hanya mengagihkan bantuan kepada mereka yang menyokong Warisan.

Tetapi, katanya, pemimpin Warisan dan Ketua Menteri, Shafie Apdal tidak patut dipersalahkan sepenuhnya disebabkan pemimpin akar umbi yang bertindak seperti “little Napoleon.”

“Saya tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat mereka tidak lama lagi.”

Difahamkan, kerajaan Sabah memperuntukkan RM100,000 untuk bantuan diagihkan ke setiap daerah bagi membantu rakyat menghadapi impak perintah kawalan pergerakan untuk penularan virus Covid-19.

Kira-kira RM20 juta sudah diperuntukkan, terutamanya untuk membekalkan barang keperluan asas seperti beras dan tepung ke semua kampung di Sabah.

Kerajaan negeri turut meluluskan geran kepada 15 ahli Parlimen Sabah daripada parti pemerintah.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Memang benar ada masaalah dgn agihan bantuan d sabah...,hanya ahli warisan ja yg dpt bantuan, teman saya suda dpt bantuan, ni yg ada baju warisan ni senang dapat. BN dulu dia tak kenal baju, agama,bangsa, keturunan baru agikan bantuan.

    BalasPadam
  2. Kami sejak pkp prtama hngga skrg x prnh dpt bantuan apa pn dri negeri sabah.bila call DUN d srh Call UPPM ,pej.daerah n mpkk.call pusat covid d bg nmbr Dun.kami trgolong dlm e kasih smpi skrg bantuan rm300 tu pn blm dpt

    BalasPadam
  3. Susah mahu percaya aktiviti politik ini. . jangan percaya juga yang komen-komen ini, amalan memilih bantuan memang sudah wujud dari dahulu lagi. .

    BalasPadam
  4. Kerajaan negeri Sabah..pilih kasih.. BANTUAN PUN tak DAPAT...

    BalasPadam
  5. Biar agensi yg tiada kaitan politik yg dipertanggungjawab agih bantuan adun & uppm jgn libatkn langsung..

    BalasPadam
  6. Anak saya pun yg brkerja dsemananjung smpai sekarang blum jga dpt Bantuan yg dijanjikan.. Seumur dicakap dalam proses😢

    BalasPadam
  7. Kamipn sini sandakan apapn bantuan tak dapat..lugai2 kita mcm ni..bukan minta simpati klu x pkp ni buli juga kita kerja..apa bantuanpn x ada dari hari tu lagi apply 300 smpI skrg mnungu gliran...mungkin smpai hbs pkp ni x juga dapat2

    BalasPadam
  8. alhmdullh..kami sini ada jgk dpt bantuan dr parlimen,adun,dn dr agensi lain walaupun sikit tp blh ringan kan beban kmi sekeluarga,inilh pemimpinn yg sy mhu fhm kesusahn rakyat di kawasan sendiri lg2 kmi ne tnggl di pdlmn yg susah keluar pigi bandar beli keperluan..hairan bin ajaib knpa yg tnggl kwsn bndr tak dpt bantuan erk?

    BalasPadam
  9. Saya setuju dengan hal ni.. Apa yang saya nampak juga, beberapa individu yg saya kenal menerima bantuan dengan kerap, padahal sebelah rumah je pun dan saya tak perolehi sebarangan bantuan daripada mana2 pihak. Syukurlah saya masih menerima BPN dari kerjaan persekutuan. Saya berharap KK, JKKP yg diberi amanah untuk menyalurkan bantuan perlu telus. Itu hak orang. #sayasalahpangkah

    BalasPadam
  10. Saya pun undi warisan juga bantuan pun saya tdk dpt alasan di beri berkemampuan juga saya hanya tersenyum pekerja kontrak gaji hari begini berkemampuan syukur alhamdulillah...saya sudah berkeluarga anak 6 orang yang kecil baru 1 tahun 3bulan nasib ada bsh.. Ibu dan kakak anaknya 6 orang,adik yang sarat mengandung 2 org anak,adik sepupu pun tinggal bersama tapi tdk dpt juga bantuan dari hari pertama lagi. Rumah mak pun bukannya jauh dari jalan lagipun sekarang ni kan boleh google kedudukan rumah.. Saya tak salahkan menteri sabah tapi hanya kesal dengan orang yang d amanahkan ni dulu pun masa bn begitu juga kebanyakkan tdk amanah juga tapi apapun syukur alhamdulillah mungkin ini kehendak Allah swt kalau d orang rasa apa yang d org buat tu betul dan adil alhamdulillah tapi kalau sebaliknya hanya Tuhan yang saja yang tahu.. Allah tu maha mengetahuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap pihak yang berwajib dapat meneliti perkara ini terutamanya dikawasan masing2. Tunaikanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

      Padam
  11. Ni lah mslh nya Klau yg tda sklh ada jawatan MCM ckp JK bnyk dri bertindak..d tmpt kmi yg membagi bantuan ada nma pastu d rigth pdhl tuh bantuan TDK smpi SMA yg pnya nma..d tnya nti ckp SDH bgi ada nma mu sini..MCM mna tuh x kan masa bgi kau TDK Chek kad pengenalan orang yg pigi terima kan🤣🤣

    BalasPadam