Header Ads

ads header

Flash News

Ramadan Mubarak Bukan Karim


Masyarakat kita mudah mengikuti sesuatu tanpa memeriksa maksud sebenarnya. Perkara ini terpalit kepada mereka yg mengaku ustaz tetapi tidak mahu tabbayun dengan pendapat ulama-ulama besar. Mungkin masyarakat kita lebih merasakan diri lebih pandai dari alim ulama.

Rujuklah ulama sebelum mengeluarkan fatwa. Mungkin kalian seorang yg belajar agama, seorang ustaz tetapi kedegilan dan malasnya membuat rujukan akan menjadikan masyarakat awam semakin pening dlm kejahilan.

Mari ikuti penjelasan tentang ucapan mubarak atau karim, yang mana lebih menepati maksud sebenar.

Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah berkata,

“Ucapan selamat atas masuknya bulan Ramadhan TIDAK MENGAPA. Karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dulu menyampaikan berita gembira kepada para shahabatnya atas datangnya bulan Ramadhan.

Beliau memberikan semangat kepada mereka untuk BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam beramal shalih pada bulan tersebut.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman,

“Katakanlah, dengan karunia dan rahmatnya, maka dengan itu semua hendaknya mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus : 58)

Mengucapkan selamat atas datangnya bulan ini dan bergembira dengan kedatangannya menunjukkan SEMANGAT YANG BESAR terhadap kebaikan.

Dulu para salaf juga SALING MEMBERIKAN BERITA GEMBIRA atas datangnya bulan Ramadhan. Dalam rangka meneladani Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sumber : Laman rasmi asy-Syaikh Shalih al-Fauzan

🇸🇦 As Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah berkata :

لا تقل (رمضان كريم ) الصواب : “رمضان مبارك” لأن رمضان ( ليس ) هو الذي يعطي حتى يكون كريماً. و إنما الله الذي وضع فيه هذا الفضل

“JANGAN KATAKAN Ramadhan kariim namun yang benar adalah Ramadhan mubaarak. Kerana Ramadhan BUKANLAH YANG MEMBERI sehingga dikatakan sebagai Kariim (yang artinya Penderma).
Allah lah yang telah memberikan keutamaan di bulan ini.”
[ Majmu’ Fatawa 20/93, Soal 452 ]

Begitu dengan masyaikh lainnya, ucapan Ramadhan Karim tidak asal usulnya dan tidak menepati maksud sebenar.

🇸🇦 Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah ditanya :

Ucapan "Ramadhan Karim", bukankah Al-Karim adalah Allah Jalla wa Ala?"

Jawaban:
"Ucapan tersebut TIDAK ADA ASAL usulnya (dalam agama ini), ucapan mereka "Ramadhan Karim" tidak ada asal usulnya.

Adapun ucapan "Ramadhan Syarif (Mulia)", "Ramadhan Mubarak", "Ramadhan Azhim (Agung)" adalah sifat-sifat yang bersumber dari Hadits-hadits (Nabawi).

Lafadz Azhim, Mubarak, Syarif, maka tidaklah mengapa.

Adapun lafadz "Karim" aku tidak mengetahui berasal dari mana.



MR :  Semoga Allah berkati kita di bulan Ramadan Mubarak ini..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Kita tak perlulah bertegang urat kerana istilah kerana karim juga bermaksud mulia... Ramadhon pula bererti panas terik atau sangat panas.. Jika nak tafsir ayat ramadhon karim dan ramadhon al mubarak maka maksudnya panas terik yang mulia atau panas terik yang memberi atau panas terik yang barokah

    BalasPadam
  2. syeikh tu kata.. Adapun lafadz "Karim" aku tidak mengetahui berasal dari mana. maknanya syeikh tak tahu... bukan tak ada.. sbb sebagai manusia bukan tahu segalanya.. cuma kdg2 pengikut taasub sgt.. itu je..

    BalasPadam
  3. Jazakallah Khairan.
    Saya ambil perkongsian ilmu yang Haq sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.Moga sentiasa dalam Rahmat Allah Ameen.

    BalasPadam